Saturday, December 11, 2010

Kenapa kita membaca Al Quran walaupun kita tidak faham maksudnya..

~Assalamualaikum~

...anak saya baru-baru ni berkata, 'Ma, lepas Alya khatam Quran, Alya tak payah baca Quran lagi kan.' Saya berkata, 'Eh sayang, Quran kena selalu baca. Mana boleh tinggal terus lepas khatam.' Lepas tu siap le saya kata kalau baca Quran, Tuhan akan melindungi kita waktu susah dan senang. 

Saya rasa itu tidak mencukupi untuk meyakinkan dia untuk rajin-rajin membaca Al-Quran dan saya cuba searching google. Dan saya terjumpa kisah ini..


(klik pada Quran untuk ke URL nya)
 
...dan saya cuba translatekan kepada maksud yang saya fahami.

MENGAPA KITA MEMBACA AL-QUR’AN, MESKIPUN KITA TAK MENGERTI SATUPUN KATA BAHASA ARAB

     Seorang tua yang beragama Islam dan berbangsa Amerika tinggal di sebuah ladang di sebelah timur Pergunungan Kentucky bersama cucu lelakinya. Setiap pagi datuknya bangun pagi, duduk berdekatan dengan pendiang api  dan terus membaca Al-Quran. Cucunya yang setiap hari memerhati datuknya cuba meniru amalan datuknya itu. Suatu hari, dia bertanya pada datuknya, "Atuk, saya cuba membaca Al-Quran seperti atuk tapi saya tak faham langsung maksudnya. Jadi tak guna la saya membaca Al Quran?"

     Datuknya menjawab pertanyaan cucunya dengan tenang sambil meletakkan batu-batu di pendiang api, "Cuba ambil keranjang batu ini dan bawa ke sungai, dan bawakan  ke sini sekeranjang air." Cucunya itu pun buat seperti yang disuruh, tetapi semua air yang dibawa habis sebelum dia sampai di rumah. Datuknya tertawa dan berkata, "Kamu harus berusaha lebih cepat lagi." Datuknya sekali lagi meminta cucunya untuk kembali ke sungai bersama keranjangnya untuk mencuba lagi. Kali ini cucunya itu berlari lebih cepat, tapi keranjangnya akan kosong sebelum sampai di rumah. Dengan termengah-mengah dia mengatakan kepada datuknya, tidak mungkin dia dapat membawa sekeranjang air dan dia pergi untuk mencari sebuah ember untuk mengganti keranjangnya. Datuknya berkata, "Atuk tidak mahu seember air, atuk mahu sekeranjang air. Kamu mesti mencuba lagi." Dan dia pergi ke luar untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi. Pada saat itu, cucunya tahu perkara itu tidak mungkin terjadi, tapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan habis sebelum sampai di rumah. Cucunya itu pun terus mencelupkan keranjangnya ke sungai dan kemudian berusaha berlari secepat mungkin, tapi ketika sampai di depan datuknya, keranjang itu kosong lagi. Lalu cucunya pun berkata, "Atuk, ini tidak ada gunanya. Sia-sia saja."

     Datuknya menjawab, "Cu, mengapa kamu berfikir ini tak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik keranjang itu." Cucunya itu memerhatikan keranjangnya dan baru ia menyedari keranjangnya nampak sangat berbeza. Keranjang itu telah berubah dari sebuah keranjang batu yang kotor menjadi sebuah keranjang yang bersih luar dan dalam. "Cu, apa yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran? Mungkin kamu tidak faham langsung maksudnya, tapi ketika kamu membacanya, tanpa kamu sedari kamu akan berubah, luar dan dalam. Itulah pekerjaan Allah dalam mengubah kehidupan kamu."

Bukankah Allah akan membalas setiap kebaikan walau sebesar biji zarah pun?

SUBHANALLAH...

* saya tak tukar maksud keranjang dan ember sebab takut akan mengubah maksud asalnya.




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages