...beberapa hari ni saya berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan hati. Saya rasa kecewa dan sedih. Orang kata kalau nak hilangkan rasa sedih, kena luahkan. Saya boleh luahkan tapi sekadar hanya dapat didengari tapi tak dapat nak hilangkan jugak rasa sedih dan kecewa tu. Orang kata lagi, lupakan buat tak tahu dan biarkan ia berlalu. Saya dah cuba tapi ia masih kekal dalam kepala lagi. Habis cara, apa perlu saya buat. Adakah dengan cara-cara di atas dapat menyelesaikan semua rasa kecewa dan sedih tu? Tak, bukan secara keseluruhannya..
Kenapa saya rasa sedih sangat?
Saya rasa sedih sangat kerana apabila saya mengharapkan sesuatu daripada kawan-kawan supaya dapat membantu, mereka tidak dapat membantu. Sebab itu la saya rasa sedih. Orang akan kata, 'Kenapa nak emosi sangat, benda kecik je pun.' Ye betul, saya tak patut rasa begitu. Tapi di sudut hati kecil ada satu suara yang membisik, 'Sampai hati. Masa mereka minta tolong, aku tolong. Kenapa masa aku minta tolong, mereka taknak tolong.' Suara itu la yang menyebabkan saya rasa kecewa. Bila kecewa sangat, saya akan rasa sedih. Bila dilayan rasa sedih dan teringat kembali detik-detik saya menolong kawan-kawan di waktu mereka susah, saya akan lagi bertambah sedih. Hingga lah air mata saya menitis dan terus berjurai-jurai jatuh dengan lajunya. Menangis le saya sorang-sorang dalam bilik, tak siapa yang tahu.
Dah puas menangis, saya diam. Saya lap air mata. Saya istighfar dalam-dalam dan panjang-panjang. Saya mula merintih dan menyebut nama Allah. 'Ya Allah, berikanlah ku kekuatan. Tabah kan hati aku. Permudahkan dan ringankan la beban yang ku tanggung.' Zikir dan terus berzikir.
Alhamdulillah, rasa beban makin kurang. Walaupun masalah masih ada, saya perlu buangkan pemikiran saya yang di atas tu. Ayat yang ada perkataan '.....mengharapkan...' pada perenggan ketiga baris pertama perlu saya buangkan. Jangan terlalu mengharap, jangan terlalu menaruh harapan dan jangan la berharap pada orang. Ia tak semestinya akan dapat dan akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Sampai masa apabila terlalu berharap, ia akan memakan diri sendiri. Seriously nak beritahu, saya pernah sakit-sakit badan apabila terlalu menaruh harapan dan akhirnya menjadi stress.
Jadi, untuk merasai hidup yang jauh dari sedih dan kecewa, amalkanlah cara hidup yang sihat. Doktor kata kalau taknak jatuh sakit, kena la jaga pemakanan kita dan bersenam selalu. Saya kata pulak, kalau taknak hati sakit (kecewa) dan rasa sedih, sihat kan lah minda dan berzikir la selalu. Sehabis cara kita minta tolong hanyalah kepada ALLAH swt.
~
guess u don't know what hurt & betrayal means until u feel it..
ReplyDelete