Wednesday, December 1, 2010

ada orang tanya, 'cuti sekolah pun cikgu pegi sekolah?'...

...hehehe...
kawan-kawan ku yang bergelar cikgu, sila jawab.

Ada banyak persoalan yang bermain di minda saya. Hrmm..

Masyarakat di luar sana sedang berkata,

1.
'Best la jadi cikgu kan. Cuti sekolah lama-lama.'

2.
'Kerja cikgu senang, kerja sekerat hari. Pergi pagi, balik tengah hari.'

3.
'Hmm..cikgu syok la. seminggu lima hari je kerja.'
.
4.
'Jadi cikgu seronok, dah le kerja 6 jam sehari. Ada cuti panjang pulak tu.'

5.
'Cikgu?'...sambil senyum sinis penuh makna.

Itu sebahagian kata-kata yang biasa terpacul dari mulut orang-orang di luar sana. Ye, saya tahu bukan semua yang akan berkata begitu dan bukan semua yang akan berfikiran macam tu. Segelintir sahajaa..

Tapi yang bermain di minda dan benak apabila berhadapan dengan orang yang bertanya soalan di tajuk entry tu, mula le terfikir. Ada jugak orang yang berfikir macam tu. Maknanya, bila sekolah cuti, cikgu pun cuti. Takde kerja apa-apa dah yang perlu berhadapan dan tak perlu untuk melihat buku atau kerja-kerja sekolah yang lain. 

Kalau betul le macam tu cikgu, memang tersangat bahagia. Sebab otak jadi ringan sebentar dek dah dikeluarkan segala hal buku-buku, fail-fail, students, kerja-kerja sekolah dsb nya la.
 .
Mari kita semak sebentar kehidupan seorang cikgu pada waktu cuti. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Ini saya senaraikan apa yang saya perlu saya buat pada waktu cuti.

1. Kelas tambahan Sains untuk budak-budak SPM
    (saya sebagai guru Sains Tingkatan 4 dan 5)
2. Editing majalah sekolah yang mengambil masa untuk disiapkan
    (saya sebagai AJK Layout Majalah sekolah)
3. Kemas kini fail dan buat perancangan tahun 2011 untuk
    Pusat Sumber Sekolah
    (saya sebagai Guru Perpustakaan dan Media, merangkap
    Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
4. Terlibat dengan LPM selama dua minggu
    (saya sebagai ........ di LPM)

Dengan cuti sekolah selama  1 1/2 bulan a.k.a 6 minggu sahaja, saya agihkan kerja-kerja saya di atas. Dan selepas dicongak-congak saya ada 1 minggu sahaja untuk saya bercuti bersama keluarga.

So, begini la kehidupan seorang cikgu yang menghabiskan cutinya. Walaupun nampak panjang dan lama, ia tetap menjadi tugasan yang lebih kurang sama jugak dengan kerja-kerja lain.

 

Cabaran seorang cikgu memang le macam ni. Bukan la merungut, bukan la mengeluh. Kerja masih dibuat dengan ikhlas. Alhamdulillah, saya masih dianugerahkan kudrat untuk melaksanakannya.
Saya sangat bangga dan seronok menjadi seorang cikgu. Bukan sebab cuti panjang, tetapi berpuas hati dengan apa yang telah saya laksanakan. Demi untuk bangsa, agama dan negara (jangan kata saya membangga diri pulak..semua kerja yang halal kan untuk bangsa, agama dan negara walau kerja tukang sapu sekalipun).



~

1 comment:

  1. hanya jauhari yang mengenal manikam...dan ambil lah sikap alah bisa tegal biasa kerana sudah berada di bidang ini, seumpama alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke panggal lengan...
    yasbiha alkhairy

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages