Thursday, April 14, 2011

hai Mesia, kenapa le ada orang macam ni?

~Assalamualaikum~


...saya ni heran la bila tengok manusia-manusia macam ni. Dalam kepala otak dok pikir memikir...





.


.



terdesak sangat ke hidup? 

macam mana dia buat tu?

orang lain tak perasan ke?

macam mana dia jalan bila kaki dah mengepit barang curian tu?

tak malu ke dia?

apa dia buat dengan barang-barang tu? jual balik ke?

takde rasa bersalah ke?

takde rasa berdosa ke?

gamak ke dia makan hasil daripada kerja dia tu?

Ada sape2 nak tambah apa yang dipikirkan lagi?

hai terok, terokk... teroks betoi..


~

lawak giler-giler citer ni...wakaka..

~Assalamualaikum~

...suka saya nak kongsi citer di sini satu ceritera yang sebenarnya memang tak masuk di akal. Sekadar nak buat hiburan dan sesuai sangat bagi orang-orang yang tengah tension. Jadi bagi sesiapa yang nak basahkan gusi anda, lihat la tonton la dan tengok la citer ni..
Yang kat bawah ni part yang bila saya terkenang, terus tersengeh sorang-sorang...



klakor tul tengok muncung-muncung tunjuk kak limah tu

yang ni pulak saya percaya orang dok cari-cari...sesuai sangat kat orang yang tengah duka lara tu..
.

 meh kita nyanyi

Just a little bit lonely
Just a little bit sad
I was feeling so empty
Until you came back
Until you came back
Until you came back.

Oh
Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley
Oh
Soley Soley
Soley ley
Soley Soley
Soley ley
Soley Soley.

Just a little bit closer
Can you lay by my side
Can we get it together
Lazing in the sand
Lazing in the sand
Lazing in the sand.

Oh
Soley Soley...

Soley Soley by Middle of the Road



~

Wednesday, April 13, 2011

Hoyeaa...SMKKN menang lagi..

~Assalamualaikum~

...baru je tadi balik dari stadium menyaksikan perlawanan akhir Bolasepak MSSD Padang Terap, Kedah. Team SMK Kuala Nerang memang pasti masuk final dan akhirnya berjaya menjulang lagi piala Kejohanan. Tahniah kepada team bawah 15 & bawah 18 tahun. Dua-dua JOHAN. Memang buat habis baik. Bawah 15 dah kalahkan SMK Padang Terap 6-0, team bawah 18 pulak berjaya kalahkan SMK Naka 3-0.

Yang tadi peginya ke stadium bukan saja menyaksikan, tapi memberi sokongan. Bukan saje memberi sokongan tetapi menyampaikan menyediakan dan mengaturkan hadiah di atas meja dan dulang. Dengan keadaan bergegas-gegas selepas habisnye program Kem Kecemerlangan SPM 2011 di Terap Inn tetap jadi sempurna sebab ada nye kawan-kawan yang sangat-sangat membantu. Pastu ada pulak anak-anak dara yang cekap mengatur medal dan trofi. Bertambah mudaaaaahnye kerja. Untuk Ja, Su, Intan, Fatin dan Shamira, thanks a lot.

Mai tengok antara yang sempat di snap sepanjang game tadi.



 antara detik-detik mencemaskan


kami la JUARA

ni pulak barisan kami..


~



Sunday, April 10, 2011

'pakai spek mata itam', kata mak saya...

~Assalamualaikum~

...kemarin saya pegi kedai optometris untuk ambil spek abah saya yang dah siap. Alang-alang dah masuk kedai tu dan terpesona pulak dengan deko kedai tu yang cantik, saya terus nak buat pemeriksaan mata.

Saya kata kat nyonya kedai tu mata saya jadi blur bila ngadap netbuk. Ini bukan 'nampak beno menipunya'. Ini betul punya citer. Saya perasan bila ngadap netbuk jer..mata saya jadi blur. Kena buka luas-luas dan terpaksa tekan butang Ctrl dan + banyak kali untuk besarkan saiz skrin.

Pastu nyonya tu pun test le mata saya, dan dia buat kesimpulan mata saya perlu pakai spek bila ngadap komputer, tv dan matahari. Dia pun tunjuk le kat saya spek-spek yang comel-comel. Abis dia keluarkan atas kaunter meja tu spek-spek tu. Dan saya ni pulak bukan main lagi le dok menerai satu-satu. At last saya kata, 'Nya, I tak sedia lagi la nak pakai spek ni. Nanti-nanti la bila I rasa perlu sangat, baru I datang tempah ye.'
Saya pikir setakat VA (visual acuity) 20/25 tak perlu le sangat kot nak pakai spek ni.

Bercakap balik pasal ngadap netbuk, tv dan matahari ni saya sedar yang mata saya memang tak tahan mengadap cahaya. Dan mak saya dah lama pesan,
'Kita kena jaga mata. Bila drive waktu tengahari tu, pakai spek itam.'
Saya ni pulak kadang-kadang buat kadang-kadang tidak. Bukan le susah sangat pun nak ambik bubuh kat mata tu, tapi bila dah penyakit segan tu ada camtu le jadinye. Tapi itu la kawan-kawan...kalau nak jaga mata, pakai la sebelum jadi lagi teruk. Takut jadi katarak (kanta mata jadi berselaput dan rabun). 

Dah ada dua spek, saya berangan pulak nak ada spek macam ini.

aviator shades

Sesuai tak? ...hmmm, berangan lagi...


~

Thursday, April 7, 2011

Tak sangka kreatifnya manusia sampai tahap ni...

~Assalamualaikum~

...baru tadi saya nonton biter, eh silap..tengok berita (ni tak lain terpengaruh citer Hantu Kak Limah Balik Rumah)...ha, ha...ceciter, ceciter..

Berita kat TV9 melaporkan di Pasar Pulau Tikus menjual telur ayam tiruan. Hah, terkejut!...ada pulak orang buat telur ayam tiruan. Baru saya dengar citer ni...takpun saya ni yang lambat tahu..entah laa..

Tak puas hati dengar berita tu, terus saya google-google. Nak tau jugak cara buatnye.. Ish, bukan nak tiru buat macam tu, pastu makan untuk jimat belanja waktu harga barang suka naik-naik ni. Tapi sebabnye nak tau macam mana le manusia ni tiru ciptaan Yang Maha Kuasa.

Saya jumpa yang ini di SINI. Terima kasih kepada ohtidak.com.

Ini rupanye hasil kekreatifan orang China. Diorang gunakan bahan-bahan seperti
kalsium karbonat, lemak, resin, gelatin, alum, pewarna kuning, lilin parafin dan bahan kimia yang lain.

Mula-mula diorang campurkan telur mentah dengan kalsium karbonat dan pewarna kuning untuk dijadikan kuning telur tiruan.


Pastu, diorang tuangkan kuning telur tiruan tu ke dalam acuan.


Diorang rendamkan pulak di dalam kalsium karbonat untuk membentuk lapisan luar telur kuning.


 Kulit luar telur dibentuk dengan merendamkannya di dalam lilin parafin. Proses ini diulang-ulang sehinggalah lapisan luar terbentuk dan semakin menebal. 


Telur tiruan tu dibiarkan kering untuk mengeraskan kulit di lapisan luarnya.
.

Maka jadi la sebijik telur yang seiras telur asli.

Ish, ish, ish, iisshh..canggih betul diorang-diorang ni. 

Tapi kita nak ke makan telur tu? Tak akan sama sekali..

Abis tu, macam mana nak kenal tu telur tiruan ke telur betul. Tengok info yang diambil dari CAP Pulau Pinang ni.
  1. Sama rupa seperti telur gred A tetapi tidak mempunyai rasa selepas dimasak.
  2. Cengkerang telur agak berkilat berbanding telur biasa.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Bunyi akan kedengaran bila digoncang kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Berbeza dengan telur tiruan, telur sebenar berbunyi lebih rapuh apabila diketuk-ketuk. Telur sebenar juga agak berbau seperti daging mentah.
  6. Apabila dipecahkan, putih dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Pusat telur @ chalazae juga tidak kelihatan seperti telur biasa.
  7. Warna kuning telur lebih terang.
  8. Ketika digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Ini pulak efek pada kesihatan kalau kita makan telur tiruan ni.
  1. Asid benzoik (bahan pengawet) yang boleh menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
  2. Kalsium klorida pada kulit, alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yang memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.
Lepas-lepas ni kalau nak beli telur kena check la kan telur tu. Susah betul le macam ni kalau kita nak kena kenal pasti satu-satu. Buat pulak jenis mata yang nampak samaaa je bentuk dan warna.
Habis cara pun, kita harap je la pada pihak-pihak berkuasa untuk memantau dan menyepotchek kedai-kedai yang menjual telur.

Nauzubillah min zalik!
Kami memohon perlindungan Allah subhanahuwataala daripada perkara itu!


~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages