Sunday, April 10, 2011

'pakai spek mata itam', kata mak saya...

~Assalamualaikum~

...kemarin saya pegi kedai optometris untuk ambil spek abah saya yang dah siap. Alang-alang dah masuk kedai tu dan terpesona pulak dengan deko kedai tu yang cantik, saya terus nak buat pemeriksaan mata.

Saya kata kat nyonya kedai tu mata saya jadi blur bila ngadap netbuk. Ini bukan 'nampak beno menipunya'. Ini betul punya citer. Saya perasan bila ngadap netbuk jer..mata saya jadi blur. Kena buka luas-luas dan terpaksa tekan butang Ctrl dan + banyak kali untuk besarkan saiz skrin.

Pastu nyonya tu pun test le mata saya, dan dia buat kesimpulan mata saya perlu pakai spek bila ngadap komputer, tv dan matahari. Dia pun tunjuk le kat saya spek-spek yang comel-comel. Abis dia keluarkan atas kaunter meja tu spek-spek tu. Dan saya ni pulak bukan main lagi le dok menerai satu-satu. At last saya kata, 'Nya, I tak sedia lagi la nak pakai spek ni. Nanti-nanti la bila I rasa perlu sangat, baru I datang tempah ye.'
Saya pikir setakat VA (visual acuity) 20/25 tak perlu le sangat kot nak pakai spek ni.

Bercakap balik pasal ngadap netbuk, tv dan matahari ni saya sedar yang mata saya memang tak tahan mengadap cahaya. Dan mak saya dah lama pesan,
'Kita kena jaga mata. Bila drive waktu tengahari tu, pakai spek itam.'
Saya ni pulak kadang-kadang buat kadang-kadang tidak. Bukan le susah sangat pun nak ambik bubuh kat mata tu, tapi bila dah penyakit segan tu ada camtu le jadinye. Tapi itu la kawan-kawan...kalau nak jaga mata, pakai la sebelum jadi lagi teruk. Takut jadi katarak (kanta mata jadi berselaput dan rabun). 

Dah ada dua spek, saya berangan pulak nak ada spek macam ini.

aviator shades

Sesuai tak? ...hmmm, berangan lagi...


~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages