~Assalamualaikum~
...baru je kemarin sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung di PWTC. Pertama kali pergi ke situ sebab tak pernah berkesempatan langsung pun. Tapi dah kebetulan cuti sekolah sempena Hari Pekerja maka jadinya berkesempatan le pulak.
.
.
.
Niat awal hanya nak bercuti. Tapi dah ada kat KayEl ni, HARUS pergi. Kalau tak, menyesal sangat-sangat le. Tapi bila dah pergi tu, memang akan rasa berBALOI-BALOI.
Pertamanya sebab harga yang cantik-cantik je mata memandang. Nampak cantik, tapi dah semua nak karau habis ribuan jugak le...
Keduanya waktu ni kita boleh nak buka mata tengok bermacam-macam, berjenis-jenis, berbagai-bagai bahan bacaan yang betul-betul berkualiti.
.
Ketiganya rasa puas sangat sebab boleh kompe-kompe (compare...sori Sir and Teacher) buku-buku tu. Tengok le pro N con nya. Nak tau kelebihan, faedah dan baiknya memang boleh tanya kat orang-orang kat booth tu. Tanya la sampai abis akar umbi nya. Pasti akan dijawab sampai kita pun dah tak larat nak dengar. Tapi memang puas.
.
Ketiganya rasa puas sangat sebab boleh kompe-kompe (compare...sori Sir and Teacher) buku-buku tu. Tengok le pro N con nya. Nak tau kelebihan, faedah dan baiknya memang boleh tanya kat orang-orang kat booth tu. Tanya la sampai abis akar umbi nya. Pasti akan dijawab sampai kita pun dah tak larat nak dengar. Tapi memang puas.
.
.
Keempat yang bagusnya ada aktiviti-aktiviti interaktif yang kita boleh cuba-cuba sampai rasa jemu. Nak duduk lama-lama main benda tu pun takpe. Sebab penjual tu memang suka macam tu..
.
.
Kelima ofkos le untuk anak-anak kita dapat menyeronokkan diri dan menggembirakan hati mereka dengan pengalaman baru... Seperti kata Alya Farisah, "Alya suka le mama, besttttt sangat."
.
.
.
.
Keenamnye ada peraduan dan uji minda yang beri rangsangan dan keterujaan pada anak-anak. Dah buat tu dapat pulak hadiah nye.. Padahal sambil buat tu, anak-anak sungguh suka bertanya pada kakak-kakak kat situ, "Kakak, ni macam mana?"'
'Eh, helo sayang. Mama ada kat sini ni la.'
.
.
*dapat hadiah dari DBP*
*ada kerusi untuk mama-mama yang menunggu anak-anak supaya mama-mama tak lebar tapak kaki berdiri*
.Ketujuh ada ruang solat yang sangat luas. Bagus! Bagus!
~
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak kata?