Saturday, April 30, 2011

bila adik badik keluar jenjalan...

~Assalamualaikum~

...alangkah seronoknye bila dapat keluar jenjalan tanpa keluar sesenpun. Okey..hari ni keluar jenjalan disponsor sepenuhnya oleh Cik Ruhill Fahima Binti Mohammad.

Sebagai terima kasih seorang adik kepada kakaknya, maka ini lah balasannya.
 Kakak takyah pikiaq-pikiaq pasai nak keluaq duit. Adik ada di sini.

Hahaha...*gelak besar* sebab terlalu sonok..

my sisters
baju kunin tu le nak bayor nye nanti...hehehe...
.
kakak tersengih gembira
gembira ke cenggini? *konpius, konpius*
.
yang tudung itam pulak yang gelak lebeh..
.

yang gelak sangat lebeh, ofkos le Cik Nando's
.


~

Sehari di Pesta Buku 2011

~Assalamualaikum~

...baru je kemarin sama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung di PWTC. Pertama kali pergi ke situ sebab tak pernah berkesempatan langsung pun. Tapi dah kebetulan cuti sekolah sempena Hari Pekerja maka jadinya berkesempatan le pulak.
.
.
Niat awal hanya nak bercuti. Tapi dah ada kat KayEl ni, HARUS pergi. Kalau tak, menyesal sangat-sangat le. Tapi bila dah pergi tu, memang akan rasa berBALOI-BALOI. 

Pertamanya sebab harga yang cantik-cantik je mata memandang. Nampak cantik, tapi dah semua nak karau habis ribuan jugak le...



.
 .


Keduanya waktu ni kita boleh nak buka mata tengok bermacam-macam, berjenis-jenis, berbagai-bagai bahan bacaan yang betul-betul berkualiti.

.
Ketiganya rasa puas sangat sebab boleh kompe-kompe (compare...sori Sir and Teacher) buku-buku tu. Tengok le pro N con nya. Nak tau kelebihan, faedah dan baiknya memang boleh tanya kat orang-orang kat booth tu. Tanya la sampai abis akar umbi nya. Pasti akan dijawab sampai kita pun dah tak larat nak dengar. Tapi memang puas.
.

.
Keempat yang bagusnya ada aktiviti-aktiviti interaktif yang kita boleh cuba-cuba sampai rasa jemu. Nak duduk lama-lama main benda tu pun takpe. Sebab penjual tu memang suka macam tu..
.
.
Kelima ofkos le untuk anak-anak kita dapat menyeronokkan diri dan menggembirakan hati mereka dengan pengalaman baru... Seperti kata Alya Farisah, "Alya suka le mama, besttttt sangat."
.
.
.

 

.
Keenamnye ada peraduan dan uji minda yang beri rangsangan dan keterujaan pada anak-anak. Dah buat tu dapat pulak hadiah nye.. Padahal sambil buat tu, anak-anak sungguh suka bertanya pada kakak-kakak kat situ, "Kakak, ni macam mana?"'
'Eh, helo sayang. Mama ada kat sini ni la.'
.


.


*dapat hadiah dari DBP*

*ada kerusi untuk mama-mama yang menunggu anak-anak supaya mama-mama tak lebar tapak kaki berdiri*
.
 Ketujuh ada ruang solat yang sangat luas. Bagus! Bagus!


Jom laaa... Book Fair will be end on 1st May 2011.

 *buku-buku yang dikarau oleh kami*
 .
.
.
~

Friday, April 22, 2011

nak tak? pen baru yang lebih kuasa menulis...

~Assalamualaikum~

...saya terjumpa satu inovasi ini masa saya dok godek-godek internet. Dan saya rasa mesti orang lain pun nak ada satu.

Tengok le pen berjenama T&T Pen-ink Chamber ni..



Sumber saya ambil dari YANKO Design.

Kalau pen biasa, tiub dakwat dia lurus betul je kan. Tapi yang ini tiub dakwat bentuk spiral.
Yang baik nye pen ni sebab ada dua pekdahnye.

Pertama nye:


Kedua nye :


Penggunaan plastik dapat dikurangkan dan seterusnya dapat membantu menyelamatkan alam sekitar.

Memang kreatif betul orang-orang ini Han Chi-hoon, Kim Yeon-soo, Park Byong-gon & Kim Sung-geun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah ada ke kat Malaysia ni?
.
.
.
~

Sunday, April 17, 2011

ini kerja khas guru yang ke seratus berapa?

~Assalamualaikum~

...diucapkan tahniah kepada rakan-rakan setugas kerana kita semua akan ditambah satu lagi tugas khas. Sila rujuk berita ini, BMI pelajar direkod dalam kad laporan.

Saya suka nak senaraikan antara objektif utama diadakan rekod BMI setiap pelajar ini berdasarkan laporan berita tersebut.

1. Mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini,

2. Membolehkan ibu bapa mengawal pemakanan anak-anak,

3. Membolehkan ibu bapa tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti,

4. Menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal, dan

5. Megurangkan risiko untuk mendapat penyakit diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

dan 

ye...AKHIRnya ibu bapa tidak perlu risau lagi akan tahap kesihatan anak mereka..

*pinjam gambar dari Google*

bila tengok gambar di atas, sebagai ibu kita tentu ada rasa syahdu bila lihat anak sendiri semasa dia tidur kan. Apa yang ibu-ibu pikirkan waktu tu? hmm...macam-macam...



~

Saturday, April 16, 2011

Kuatkan semangat, tabahkan hati...

~Assalamualaikum~

...dipanjatkan doa dariMu Ya Allah untuk diberi kekuatan dan ketabahan untuk sepupuku Ahmad Irham. Semoga dia sentiasa di bawah lindungan Mu.

*Ahmad Arham Bin Sukarno*

Semoga PakSu dan MakSu terus tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah yang Maha Hebat ini. 

Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, Ayat 146 yang bermaksud:  
“Allah menyukai orang-orang yang sabar.”  
Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:  
“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” 
(Al-Baqarah:155-157).



~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages