Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah : Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

~Assalamualaikum~
.
Esok kita akan menyambut Maal Hijrah 1434H. Marilah kita bersama-sama membaca doa akhir tahun pada akhir waktu solat Asar dan doa awal tahun selepas solat Maghrib. 
Kedua-dua doa lebih afdhal dibaca tiga kali.

Insya Allah,
... dengan membaca doa akhir tahun, kita akan mendapat perlindungan Allah Subhanahuwataala dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
dan ...
dengan membaca doa awal tahun, Allah Subhanahuwataala akan memerintahkan 2 Malaikat untuk melindungi kita daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang. 
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

 Sumber : Sitik's Blog

Semoga Allah Subhanahuwataala permudahkan urusan kita. 
Amin, amin ya Rabbal Alamin.



~

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433

~Assalamualaikum~

Salam Aidil Adha buat semua.

walaupun sayu tengok lembu-lembu comel ni, ibadah qurban tetap kita laksanakan.

Semoga peng'qurban'an kita akan diberkati oleh Allah subahanahuwataala.

Ameen.





~


Wednesday, October 24, 2012

Mensyukuri Nikmat Allah subhanahuwataala...

~Assalamualaikum~

Hari ini saya nak share ilmu yang saya dapat selepas gugel2 blog2 Islamik. Semoga apa yang saya dapat ni adalah yang baik-baik. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt.

Tajuk : Mensyukuri Nikmat Allah swt.

Dari Surah As-Sajdah, Ayat 9: "... dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur. tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."

..dan dari Surah Al-Mulk, Ayat 15: "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu. Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat Nya dan takutilah kemurkaan Nya)."

Nikmat Allah swt terbahagi kepada 3:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hambaNya
2. Nikmat yang akan datang dan diidamkan oleh hambaNya
3. Nikmat yang dikecapi tetapi tidak disedari oleh hambaNya

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatNya ke atas hambaNya, Dia akan mengurniakan sifat syukur. Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang.

Nikmat yang diberi sama ada akan hilang dengan perlakuan maksiat atau pun akan diikat dengan ketaatan terhadap Nya.

Jika kita bersyukur pada Nya, Allah swt akan menunjukkan jalan amal kepada hambaNya dan diikat dengan ketaatan terhadapNya.

Wallahuaklam bissawab.

Renung-renungkan bersama-sama.




Terima kasih kerana membaca entri ini.


~



Monday, October 22, 2012

Amalan doa setiap hari..

Ya Allah!

Permudahkanlah segala urusan kami.
Limpahkanlah Nur Kasih.
Limpahkanlah berkat dan rahmat Mu.
Kurniakan kami zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh serta berikanlah ketenangan kepada kami di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin .



~

Saturday, October 6, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages