Tuesday, March 30, 2010

nak jimat, D.I.Y...

...petang semalam buat discussion dengan librarians pasal nak buat 'stand' untuk info2 di atas meja pameran tanpa membeli atau mengupah tukang. Tan cadangkan guna kotak2 lama dan potong2 jadikan stand. Tapi cara ni mungkin tak kukuh. Rasanya lepas beberapa hari mungkin 'stand' tu akan penyek ataupun ia tak boleh nak 'standing' cantik lagi.

balik rumah tu, dok pikir2 jugak macam mana le nak buat. habis pikir pun buka 'martha stewart's website', cari bahagian 'craft'. 







Lepas tengok video ni 'kids-cardboard-frame' terus dapat idea untuk buat 'stand' yang sangat kukuh. Rasanya boleh le tahan setahun.


Saturday, March 27, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga...untuk seorang wanita.

...pagi ni ada terbuka satu post dalam blog yang berkaitan dengan diri seorang wanita. Kata2 dalam post ni memang bagus dan boleh dijadikan renungan dan panduan bagi setiap insan yang bernama wanita.

'iman yang teguh' melambangkan kehebatan seorang wanita. Itulah sebenarnya yang perlu ada supaya kita sebagai seorang wanita akan dipandang tinggi oleh kaum lelaki. 

cuba renungi yang ni pulak...

kecantikan anugerah Ilahi. Akhlak, kerendahan hati dan kelembutan di bawah kawalan kita sebagai seorang wanita yang beriman. 

yang ni pulak membuatkan kita seharusnya bersyukur dengan diri kita seadanya.

masalah yang mendatang itu adalah dugaan dari Ilahi. Allah swt tidak akan menduga hambanya jika kita sebagai hamba tidak kuat untuk menghadapinya. Wallahuaklam.



terima kasih kepada blogger 'Isu Hangat' kerana post2 yang dipetik dari blog anda. Semoga Allah s.w.t. merahmati anda kerana telah menyampaikan madah-madah kerohanian di atas.



Thursday, March 25, 2010

heavy headache...migrain ker?

...sekarang ni tengah mengalami sakit kepala. dah cuba macam2 cara, tapi taknak hilang jugak. tension gak, sebab sebelum ni cara2 tu semua berkesan. kenapa kali ni tak.

first bila sakit kepala, telan actifast sebijik. ambil masa sikit, tidur.

second, tak hilang jugak, telan sebijik lagi. ambil masa lagi.

third, tak hilang lagi. Minum susu tepung panas segelas tanpa gula, ambil masa lagi.

fourth, masih tak hilang. Mandi basuh kepala guna medicated shampoo. Basuh rambut tu biar lama. Kurang le sikit.

lastly, abis cara dah kena panggil 'Chikkkkk...tolong urut kepala.' (chik ni bibik adik dulu, dia pandai urut2 kepala tarik2 rambut sampai bunyi keletup. memang berkesan, hilang 100%. tapi dia dah takde dah).

 

Wednesday, March 24, 2010

Time Wasters

...selalu terfikir, kenapa la kerja hari ni tak boleh nak siap. Padahal sebelum nak mula kerja hari ni dah set n list down nak buat apa n buat apa untuk hari ni. Tapi tak boleh nak setel hari tu jugak. Kaji2 semula memang ada satu je masalah yang kena buang jauh2 iaitu 'Time Wasters'.

Pikir2 balik mana ada 'Time Wasters'. Tapi bila buat senarai masalah n gangguan yang menyebabkan kerja2 yang tak boleh nak siap untuk hari tu, memang ye. Semua ni menyumbangkan kepada 'Time Wasters'.

1. Desk clutter

Meja selalu dipenuhi dengan kertas2 yang tak tahu nak pakai ke tidak lagi, kertas yang tak tahu perlu simpan ke tidak. Surat2 yang baru diterima, surat panggilan mesyuarat, memo yang kadang2 sepatutnya dibuang dan tak perlu disimpan lagi. Semuanya ada atas meja dan perlu diambil tindakan.

Cara selesai:
Asingkan item-item di dalam fail-fail yang dikelaskan mengikut kategori. Hanya item yang hendak digunakan setiap hari ditinggalkan di atas meja. Kotak khas diperlukan untuk menyimpan item-item yang belum lagi dikategorikan. Biasanya kita gunakan kotak 'In' n 'Out'.

2. Interruptions

Gangguan konsentrasi kerja memang banyak. Bila ada kawan2, mesti nak bersembang. Nak elak tak boleh sebab selalu bercerita tentang isu-isu semasa. Mostly pasal kes disiplin pelajar2.

Cara selesai:
Ambil masa untuk bersendirian atau berjauhan dengan orang lain sehingga kerja yang sedang dilaksanakan selesai. Insya Allah gangguan kerja ni dapat dielakkan.

3. ...

Ada lagi nih..tapi tak sempat nak disenaraikan di sini. Kalau ada yang patut ditambah kemudian, akan edit selepas ini...

Friday, March 19, 2010

Sabarnye anak mama ni..

~Assalamualaikum~

...selalu kalau pergi shopping or window shopping, Alya le peneman setia. Mama dia dok sibuk pilih2, dia sabar betul menunggu. Kadang2 tu ada gak dia kata, 'Mama ni, try tu try ni tapi tak beli pun.'

Mama dia jawab, 'Ala..Alya, nanti kita tengok barang Alya pulak ye.' Belek2 barang mama dia dah dekat sejam.
Tapi bila turn dia pulak pilih2 barang, mama dia pulak kata, 'Ala Alya, apa payah2. Ambil le yang ni. Dah2, jom. Elok dah tu.'
.
mama dia 'lagak' je lebih


turn Alya pulak 'menerai' kasut

Memang Alya ni seorang yang sabar sangat2 bila meneman mama dia. Luv u my darling Alya.



.
~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages