Wednesday, March 24, 2010

Time Wasters

...selalu terfikir, kenapa la kerja hari ni tak boleh nak siap. Padahal sebelum nak mula kerja hari ni dah set n list down nak buat apa n buat apa untuk hari ni. Tapi tak boleh nak setel hari tu jugak. Kaji2 semula memang ada satu je masalah yang kena buang jauh2 iaitu 'Time Wasters'.

Pikir2 balik mana ada 'Time Wasters'. Tapi bila buat senarai masalah n gangguan yang menyebabkan kerja2 yang tak boleh nak siap untuk hari tu, memang ye. Semua ni menyumbangkan kepada 'Time Wasters'.

1. Desk clutter

Meja selalu dipenuhi dengan kertas2 yang tak tahu nak pakai ke tidak lagi, kertas yang tak tahu perlu simpan ke tidak. Surat2 yang baru diterima, surat panggilan mesyuarat, memo yang kadang2 sepatutnya dibuang dan tak perlu disimpan lagi. Semuanya ada atas meja dan perlu diambil tindakan.

Cara selesai:
Asingkan item-item di dalam fail-fail yang dikelaskan mengikut kategori. Hanya item yang hendak digunakan setiap hari ditinggalkan di atas meja. Kotak khas diperlukan untuk menyimpan item-item yang belum lagi dikategorikan. Biasanya kita gunakan kotak 'In' n 'Out'.

2. Interruptions

Gangguan konsentrasi kerja memang banyak. Bila ada kawan2, mesti nak bersembang. Nak elak tak boleh sebab selalu bercerita tentang isu-isu semasa. Mostly pasal kes disiplin pelajar2.

Cara selesai:
Ambil masa untuk bersendirian atau berjauhan dengan orang lain sehingga kerja yang sedang dilaksanakan selesai. Insya Allah gangguan kerja ni dapat dielakkan.

3. ...

Ada lagi nih..tapi tak sempat nak disenaraikan di sini. Kalau ada yang patut ditambah kemudian, akan edit selepas ini...

2 comments:

  1. Fatin,
    Kalau MALAS? Ari ni kak Fa meeeeemang malasssssss gituk. hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Fa, takde la malas. cuma tak reti2 lg nak manage time n task. masalah betul la. nak cari kursus pasal time management la..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages