Saturday, March 6, 2010

lawatan sehari...memang berbaloi

...4 Mac 2010 terlaksanalah lawatan yang dirancang lebih kurang tiga minggu sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi, naik bas bersama geng Pengawas PSS ke SMK Convent Alor Setar. Sampai dalam lebih kurang 1/2 jam, nasib baik tak jammed kat depan hospital.

Sampai je, studenz n teacherz berpecah. Cikgu2 mendengar taklimat bersama dengan kumpulan JPN Pahang. Studenz pula melawat ke PSS. Nasib baik ada Cikgu Supardi (terima kasih nooo..) yang sudi melayan kerenah geng yang sangat2 mendengar kata ini. Dalam lebih kurang selepas 1 jam, 'depa semua' ni dibawa ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah sementara cikgu2 'dikurung' selama lebih kurang 2 jam.

* sudut yang menarik di SMK Convent*

Pukul 12, makan di KFC. Nak cerita, all my studenz memang tertib, sesuai la dengan imej librarians. Lepas ni cikgu janji bawak semua2 ke tempat yang lagi jauh lagi ye..

Solat kat Masjid Al Bukhari. Masjid ni antara yang terindah di Kedah. Solat pun aman n tenang.


*Masjid Al Bukhari*

Sampai di SMK Tunku Bendahara, Kodiang dalam pukul 3.30. Ya Allah, waktu ni memang panas yang amat. Di pusat sumber ni tiada air-cond, tapi disebabkan layanan yang sangat2 baik dari Cikgu Abdul Halim dan putera puterinye, rasa panas tu berkurang. Cikgu Abdul Halim banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang sangat2 berguna terutamanya cara nak minta sponsor. Sampai stesen minyak kampung pun ada bagi sponsor...




*Cikgu Abdul Halim dengan Buku Besar*

*sudut yang menarik minat di SMK Tunku Bendahara*

Kalau boleh nak minta tunjuk ajar satu persatu tapi memikirkan lagi lama lagi sampai ke malam le kami nanti, terpaksa le kami mengundur diri. Bertolak balik dalam pukul 5.30.

Lastly, untuk Cikgu Abdul Halim, jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada kami semua. Cikgu Zuridah pun kami tak lupa dan kami mendoakan agar Cikgu Zuridah akan mendapat Guru Cemerlang nanti, Insya Allah.


*me and Nor Amirah Syuhada*
(Naib Pengerusi Pengawas PSS yang banyak membantu cikgu, thanks Syuhada)

Di kesempatan ini juga nak menyampaikan ucapan terima kasih kepada cikgu2 yang terlibat dalam lawatan ini dan tidak dilupakan kepada semua Pengawas PSS yang sangat2 berdedikasi dan bersemangat. Walaupun penat seharian 'berjalan', u all tetap bersemangat dan banyak membantu. Insya Allah, lawatan seterusnya ke Kuala Lumpur Melaka akan cikgu usahakan.



1 comment:

  1. smk tunku bendahara memang bagus, dah pernah dah pegi tengok. cikgu dia memang tak kedekut ilmu.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages