Saturday, March 5, 2011

Gelaran untuk saya waktu saya sakit ...

~Assalamualaikum~

...rasanya dah maklum kan kaki saya sakit dioperasikan pada 28 Februari lepas. Rujuk balik cerita kakiku sakit. Sekarang dah masuk 5 hari saya duduk macam orang sakit di rumah. Badan cergas, otak sihat, tapi kaki yang tak cergas dan tak sihat. Kaki pun bukan la sakit giler berdenyut-denyut sampai terbaring takleh nak gerak langsung. Boleh bergerak, boleh berjalan tapi punya pasal nak jaga jahitan bagi cantum elok-elok, terpaksa la saya berjaga-jaga, berawas-awas. Orang utara kata 'pedo-pedo'.

Setiap masa saya dok perati tapak kaki saya sambil hati berkata,
'Bila la nak baik ni?'
Ikut kata doktor, cukup seminggu baru nak buka benang tu. Harap-harap lepas seminggu tu, elok le betul-betul. Boleh jalan seperti sedia kala. Boleh berlari-lari anak nak ke kelas, ke makmal sains dan ke library di sekolah. Boleh la melompat-lompat terkinja-kinja kat kelas aerobik nanti. 
Tihehe...

Tapi sekarang tak boleh lagi nak jalan-jalan, nak lari-lari, nak lompat-lompat macam orang normal. Dalam keadaan saya ni dapat le merasa betapa susahnya cara hidup orang tak normal. Ketika ini la juga saya terkenangkan orang-orang yang kurang upaya atau kita lebih senang menyebut OKU. Pada saat-saat ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas anugerah yang diberikan. Memang OKU ni adalah insan-insan terpilih. Terpilih kerana mereka-mereka ini adalah orang yang tabah dan sabar menjalani kehidupan seharian. Saya tabik pada mereka-mereka ini.

*tabik*

Ini dialog Alya Farisah pada mamanya yang membuatkan saya .... hmmm, nak kata apa ye..

Situasi semasa saya sedang memasak dan sebelah lutut saya diletakkan di atas kerusi,

Alya : Mama ni macam OKU la..
Mama : ???

Situasi semasa saya berjalan dengan cara menahan tapak kaki daripada berpijak penuh atas lantai,

Alya : Mama jalan macam penguin laa...
Mama : *dalam kepala terbayang ...*
 .
Macam ni ke aku jalan?
.


jom layan ... 




~

2 comments:

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages