Tuesday, March 1, 2011

punye le boring yang amat jadi 'pesakit' di rumah...

~Assalamualaikum~

...haiiiiiiiiii.........tersangattttttttttt lah boringnye...bila...duduk rehat-rehat kat rumah, tak boleh nak ke hulu ke hilir. Kejap baring, kejap duduk, kejap meniarap, kejap terlentang. Booosaaannn...

*gaya orang mengeluh panjang*

Rasa sakit tak terasa tapi gaya macam orang sakit. Kena rehat, takleh nak gerak jalan-jalan. Nak buat kerja rumah pun takleh. Yang boleh pun, mengadap netbuk. Nasib beik ada netbuk. Bayangkan orang yang takde tu...memang mati akal taktau nak buat apa. Baca majalah, dah abis majalah diulang baca. Baca buku pun rasa dah letih sangat mata nak mengadap teks-teks yang font dia kecik-kecik tu. So..seharian ni saya blogwalking. Sampai nak termuntah. ...boleh tahan lagi.

Ini semua penangan saya buat laser buang cyst kat kaki. Dah setahun lebih benda tu dok ada, baru kemarin buang benda tu. Ingat ke bengkak kecil biasa-biasa je. Alhamdulillah dapat buang jugak kemarin. Masa cucuk bius tu, adoyai...sakit yang amat-amat. Kena 3 kali cucuk bius, baru doktor laser buang benda tu. Then, kena jahit 5 jarum.
 

 kakiku bebalut
...ish, udohnye tunjuk kaki

 Doktor bagi mc dua hari. Nak habiskan masa sehari ni...teruk jugak le nak isi-isi. Tadi pun Penolong Kanan Kokurikulum call mintak siapkan brochure Kejohanan Olahraga Daerah. Baru separuh siap. Malam ni boleh kot email kat dia.

Sekarang tunggu Alya balik sekolah, jadi nurse mama dia. Malam tadi, Alhamdulillah dia jaga mama dia elok-elok. Heh heh heh..mama dia pun ambil kesempatan sama. Boleh buat manja-manja.

*bunyi orang buka pintu bagi salam*

"Alyaaa...."

 Nurse Alya dah datang. "Yey yey..."



~


2 comments:

  1. sian dia tak leh wat keja umah,boleh ngdap netbook ja..

    tapi tak pa..da sehat nnti kita wat gotong rotong satu umah..yihaaaa

    ReplyDelete
  2. eh lupa nak like..LIKE!!!!!

    DONE......

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages