Tuesday, March 30, 2010

nak jimat, D.I.Y...

...petang semalam buat discussion dengan librarians pasal nak buat 'stand' untuk info2 di atas meja pameran tanpa membeli atau mengupah tukang. Tan cadangkan guna kotak2 lama dan potong2 jadikan stand. Tapi cara ni mungkin tak kukuh. Rasanya lepas beberapa hari mungkin 'stand' tu akan penyek ataupun ia tak boleh nak 'standing' cantik lagi.

balik rumah tu, dok pikir2 jugak macam mana le nak buat. habis pikir pun buka 'martha stewart's website', cari bahagian 'craft'. 







Lepas tengok video ni 'kids-cardboard-frame' terus dapat idea untuk buat 'stand' yang sangat kukuh. Rasanya boleh le tahan setahun.


Saturday, March 27, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga...untuk seorang wanita.

...pagi ni ada terbuka satu post dalam blog yang berkaitan dengan diri seorang wanita. Kata2 dalam post ni memang bagus dan boleh dijadikan renungan dan panduan bagi setiap insan yang bernama wanita.

'iman yang teguh' melambangkan kehebatan seorang wanita. Itulah sebenarnya yang perlu ada supaya kita sebagai seorang wanita akan dipandang tinggi oleh kaum lelaki. 

cuba renungi yang ni pulak...

kecantikan anugerah Ilahi. Akhlak, kerendahan hati dan kelembutan di bawah kawalan kita sebagai seorang wanita yang beriman. 

yang ni pulak membuatkan kita seharusnya bersyukur dengan diri kita seadanya.

masalah yang mendatang itu adalah dugaan dari Ilahi. Allah swt tidak akan menduga hambanya jika kita sebagai hamba tidak kuat untuk menghadapinya. Wallahuaklam.



terima kasih kepada blogger 'Isu Hangat' kerana post2 yang dipetik dari blog anda. Semoga Allah s.w.t. merahmati anda kerana telah menyampaikan madah-madah kerohanian di atas.



Thursday, March 25, 2010

heavy headache...migrain ker?

...sekarang ni tengah mengalami sakit kepala. dah cuba macam2 cara, tapi taknak hilang jugak. tension gak, sebab sebelum ni cara2 tu semua berkesan. kenapa kali ni tak.

first bila sakit kepala, telan actifast sebijik. ambil masa sikit, tidur.

second, tak hilang jugak, telan sebijik lagi. ambil masa lagi.

third, tak hilang lagi. Minum susu tepung panas segelas tanpa gula, ambil masa lagi.

fourth, masih tak hilang. Mandi basuh kepala guna medicated shampoo. Basuh rambut tu biar lama. Kurang le sikit.

lastly, abis cara dah kena panggil 'Chikkkkk...tolong urut kepala.' (chik ni bibik adik dulu, dia pandai urut2 kepala tarik2 rambut sampai bunyi keletup. memang berkesan, hilang 100%. tapi dia dah takde dah).

 

Wednesday, March 24, 2010

Time Wasters

...selalu terfikir, kenapa la kerja hari ni tak boleh nak siap. Padahal sebelum nak mula kerja hari ni dah set n list down nak buat apa n buat apa untuk hari ni. Tapi tak boleh nak setel hari tu jugak. Kaji2 semula memang ada satu je masalah yang kena buang jauh2 iaitu 'Time Wasters'.

Pikir2 balik mana ada 'Time Wasters'. Tapi bila buat senarai masalah n gangguan yang menyebabkan kerja2 yang tak boleh nak siap untuk hari tu, memang ye. Semua ni menyumbangkan kepada 'Time Wasters'.

1. Desk clutter

Meja selalu dipenuhi dengan kertas2 yang tak tahu nak pakai ke tidak lagi, kertas yang tak tahu perlu simpan ke tidak. Surat2 yang baru diterima, surat panggilan mesyuarat, memo yang kadang2 sepatutnya dibuang dan tak perlu disimpan lagi. Semuanya ada atas meja dan perlu diambil tindakan.

Cara selesai:
Asingkan item-item di dalam fail-fail yang dikelaskan mengikut kategori. Hanya item yang hendak digunakan setiap hari ditinggalkan di atas meja. Kotak khas diperlukan untuk menyimpan item-item yang belum lagi dikategorikan. Biasanya kita gunakan kotak 'In' n 'Out'.

2. Interruptions

Gangguan konsentrasi kerja memang banyak. Bila ada kawan2, mesti nak bersembang. Nak elak tak boleh sebab selalu bercerita tentang isu-isu semasa. Mostly pasal kes disiplin pelajar2.

Cara selesai:
Ambil masa untuk bersendirian atau berjauhan dengan orang lain sehingga kerja yang sedang dilaksanakan selesai. Insya Allah gangguan kerja ni dapat dielakkan.

3. ...

Ada lagi nih..tapi tak sempat nak disenaraikan di sini. Kalau ada yang patut ditambah kemudian, akan edit selepas ini...

Friday, March 19, 2010

Sabarnye anak mama ni..

~Assalamualaikum~

...selalu kalau pergi shopping or window shopping, Alya le peneman setia. Mama dia dok sibuk pilih2, dia sabar betul menunggu. Kadang2 tu ada gak dia kata, 'Mama ni, try tu try ni tapi tak beli pun.'

Mama dia jawab, 'Ala..Alya, nanti kita tengok barang Alya pulak ye.' Belek2 barang mama dia dah dekat sejam.
Tapi bila turn dia pulak pilih2 barang, mama dia pulak kata, 'Ala Alya, apa payah2. Ambil le yang ni. Dah2, jom. Elok dah tu.'
.
mama dia 'lagak' je lebih


turn Alya pulak 'menerai' kasut

Memang Alya ni seorang yang sabar sangat2 bila meneman mama dia. Luv u my darling Alya.



.
~

Thursday, March 18, 2010

'my dotter n me' menghabiskan cuti

...cuti ni tak rancang pun nak pergi jauh-jauh. Dah plan dari awal cuti nak bawa Alya tengok Alice in Wonderland.
.
*Johnny Depp as Mad Hatter*

Dengan kekangan kerja di PSS yang tak habis-habis, tambah dengan PSS's librarians yang nak ditunjukajarkan jugak, so saya buat ketetapan di sekolah dari Ahad hingga Khamis, 3 jam cukup masa 9am - 12pm. Sebelah petang pulak mesti bersama Alya.

Ahad, 14 Mac 2010
3.20 p.m - movie start
Kami tiba 2.40 p.m - tiket sold out. Masa ni tengok muka Alya memang frust. Nak tunggu movie pukul 7, idak le, malam ada tuition class. Nak bagi ada mood, saya bawak the girls (Alya and her two cousins) ke library. Siap cari buku 'Alice in Wonderland' lagi.


Isnin, 15 Mac 2010
Hari ni terlajak sikit tugas kat library. Balik pun dah petang. Kesian Alya, tapi takpe...dia tak le sedih pun sebab dah ada aktiviti di rumah dengan sepupu-sepupunya tu.

Selasa, 16 Mac 2010
Rasanye dah cepat kami sampai. kali ni cepat sikit 1 jam. Tapi sayangnya tiket tinggal lagi 2, nak tengok macam mana. Alya dan sepupu-sepupunya (Alhana and Azwin) termasuk le saya ni, dah 4. Frust lagi...takpe esok ada lagi.

Rabu, 17 Mac 2010
Kali ni bagi cepat dua jam awal. Dan kali ni jugak kami pergi berdua je, Alya and me. Sepupu-sepupunye dah balik ke KL dah pun. Dah memang cuti sekolah dan kat Alor Setar ni satu tempat je ada cinema yang tayang, memang le tiket sangat2 laku. Orang tu kata, 'Kak, tiket tinggal satu je.' Frust lagi. Masa ni baru le terpikir, 'Teruknye aku ni, kenapa la tak booking online.'

Khamis, 18 Mac 2010
 Awal pagi dah booking tiket. Dapat le, seats pun memang sesuai sangat. Dah abis tengok tu, memang Alya happy sangat. Sepanjang perjalanan balik tak habis-habis dia buat ulasan cerita.

The end for this school holiday. 
Start esok Alya mesti kena ikut rutin : Smart Reader dan latihan-latihan home tuition. Pastu Alya, jangan lupa check buku, uniform, kasut dll.




~

Wednesday, March 17, 2010

'Smart Electric Consumer'

~Assalamualaikum~

...awal tahun 2010, masa mesyuarat guru2 SMKKN boss ada sebut pasal nak teruskan 'Smart Electric Consumer' di sekolah. Flashback tahun 2007, SMKKN ada mewakili negeri Kedah membuat satu projek menjimatkan elektrik di sekolah. Masa tu, project's advisers Cikgu Sebakyah, Teacher Farheen, Sir Rozaiman n me. Projek ni sangat2 berjaya kerana dapat mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 24% dalam masa 6 bulan. Thanks n congrats to Kindred Spirit group.

'Smart Electric Consumer' by Kindred Spirit

Tahun ni dah digajetkan sekolah kena menanggung bayaran elektrik, so boss nak projek ni dipergiatkan lagi. Tapi masa tu boss minta Cikgu Sebakyah je.. Then Cikgu Sebakyah minta i tolong jugak le..

Mula2 kena cari students yang boleh diharap untuk dijadikan 'Energy Patrol Team'. Ada 18 tasks yang di'apply'kan tahun 2007. Harap2 dapat juga la meng'apply'kan lagi tahun ni. Kalau patrol team ni rajin2, memang berjalan lancar le nanti..tu pun rasanye cikgu jugak yang kena 'ketuk' sikit. (bukan ketuk bahagian fizikal students tau, ketuk pintu hati dan minda untuk take action. nanti tak pasal2 masuk paper, cikgu dera students...jauhhhkanlah)

Dua tahun dahulu... (2007 in memory)



Semoga projek dua tahun dahulu dapat dihidupkan kembali dengan bantuan semua warga SMKKN, Insya Allah.




`
~

Thursday, March 11, 2010

RM 7 @ d'Bagus Cafe n Cake House

...today is the last day before 1 week school holiday. biasanye tunggu sampai pukul 5 untuk setelkan keja2 di library. tapi hari ni rasa dah tak mampu nak tunggu lagi, tambah pulak dah hampir dua jam meeting dengan boss tadi. so, kami (Ja n me) cari la tempat makan dekat2 dengan sekolah. Ja kata, 'Kak Fatin, ja nak try makan kat d'Bagus.'. i jawab, 'hmm..ok.'

nak mengenyangkan perut kami yang sememangnya tengah lapar ni, kami order nasi goreng yang lebih kurang sama, air coklat ais (teringat kat Kuantan dulu orang kata coklat beng) dan tambah untuk pencuci mulut: tat coklat.

sementara dok tunggu tu, sempat snap gambar hand-made vase di satu sudut d'Bagus yang sangat2 menarik perhatian.

 tengok betul2 pasu tu, guna bahan2 masakan. yang tahu buah badam n bunga cengkih je..yang lain tu kata owner dia, bahan2 untuk buat kek.

ini pulak food n drink yang kami order...

 *nasi goreng kampung*
i yang order, Ja order nasi goreng ikan masin. Tak snap pun gambar sebab design dia biasa2 je..~sigh~

*our drinks n deserts*

tengok memang nampak sedap. masa ni tak peduli dah nak tambah lemak2 yang memang dah sedia ada.

tapi rasanye lepas makan, biasa je la..
tengok kat bahagian dalam, nampak padat tekstur dia. kurang smoothy n creamy. 


Alhamdulillah, all foods n drinks habis masuk dalam perut.
...sorang RM 7...



Tuesday, March 9, 2010

M.O.A ( Memori Organik Automatik )

...hari Sabtu lepas bersamaan 6 Mac 2010, my 'doter' Alya attended Kursus MOA anjuran Era Edar Marketing Sdn Bhd di Jitra. Start dari pagi sampai le petang. Pagi tu, Alya tumpang kawan dia (Thanks Ja sebab tumpangkan Alya) sebab myself kena attend bengkel majalah di Star City Hotel, Alor Setar anjuran Widad Publication. Nasib baik sekerat hari je..

Petang dalam pukul 4, baru ambil Alya. Habis sesi dengan bebudak tu, ada sesi untuk parents pulak. Macam2 dia cakap pasal pemakanan anak2 siap promote barang dia lagi, Examo n Matsa. Nampak bagus jugak intipati slaid yang dia tayang tu, dah tu pulun la salin dalam notebook.


*my ugly note*

Hari ni teringat nak tengok fail yang Alya dapat masa kursus tu. Tengok2 rupanya dah ada dah note2 tu. Buang dakwat pen je menyalin hari tu...ish ish ish.

*isi perut fail Alya*




.
~

Saturday, March 6, 2010

lawatan sehari...memang berbaloi

...4 Mac 2010 terlaksanalah lawatan yang dirancang lebih kurang tiga minggu sebelum ni. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Pagi, naik bas bersama geng Pengawas PSS ke SMK Convent Alor Setar. Sampai dalam lebih kurang 1/2 jam, nasib baik tak jammed kat depan hospital.

Sampai je, studenz n teacherz berpecah. Cikgu2 mendengar taklimat bersama dengan kumpulan JPN Pahang. Studenz pula melawat ke PSS. Nasib baik ada Cikgu Supardi (terima kasih nooo..) yang sudi melayan kerenah geng yang sangat2 mendengar kata ini. Dalam lebih kurang selepas 1 jam, 'depa semua' ni dibawa ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah sementara cikgu2 'dikurung' selama lebih kurang 2 jam.

* sudut yang menarik di SMK Convent*

Pukul 12, makan di KFC. Nak cerita, all my studenz memang tertib, sesuai la dengan imej librarians. Lepas ni cikgu janji bawak semua2 ke tempat yang lagi jauh lagi ye..

Solat kat Masjid Al Bukhari. Masjid ni antara yang terindah di Kedah. Solat pun aman n tenang.


*Masjid Al Bukhari*

Sampai di SMK Tunku Bendahara, Kodiang dalam pukul 3.30. Ya Allah, waktu ni memang panas yang amat. Di pusat sumber ni tiada air-cond, tapi disebabkan layanan yang sangat2 baik dari Cikgu Abdul Halim dan putera puterinye, rasa panas tu berkurang. Cikgu Abdul Halim banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang sangat2 berguna terutamanya cara nak minta sponsor. Sampai stesen minyak kampung pun ada bagi sponsor...




*Cikgu Abdul Halim dengan Buku Besar*

*sudut yang menarik minat di SMK Tunku Bendahara*

Kalau boleh nak minta tunjuk ajar satu persatu tapi memikirkan lagi lama lagi sampai ke malam le kami nanti, terpaksa le kami mengundur diri. Bertolak balik dalam pukul 5.30.

Lastly, untuk Cikgu Abdul Halim, jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada kami semua. Cikgu Zuridah pun kami tak lupa dan kami mendoakan agar Cikgu Zuridah akan mendapat Guru Cemerlang nanti, Insya Allah.


*me and Nor Amirah Syuhada*
(Naib Pengerusi Pengawas PSS yang banyak membantu cikgu, thanks Syuhada)

Di kesempatan ini juga nak menyampaikan ucapan terima kasih kepada cikgu2 yang terlibat dalam lawatan ini dan tidak dilupakan kepada semua Pengawas PSS yang sangat2 berdedikasi dan bersemangat. Walaupun penat seharian 'berjalan', u all tetap bersemangat dan banyak membantu. Insya Allah, lawatan seterusnya ke Kuala Lumpur Melaka akan cikgu usahakan.



Wednesday, March 3, 2010

2day's tasks

...hari ni memang kalut banyak. Kena setelkan betul2 sebelum bawak librarians ke tempat orang. 1st time buat kerja ni memang banyak yang ter'miss' dan ter'alpa'. Tapi Alhamdulillah, mana2 benda yang kena setelkan sebelum pergi dah 'check'..

  • Taklimat utk librarians ~
  • Edar tentatif pada guru2 pengiring ~
  • Confirm dengan Cikgu Zuridah, SMK Convent Alor Setar ~
  • Confirm dengan Cikgu Abdul Halim, SMK Tunku Bendahara ~
  • Confirm bas ~
  • Call KFC, order untuk lunch ~
  • Buat Sijil Penghargaan untuk SMK Convent & SMK Tunku Bendahara ~
  • Dapatkan sumbangan dari Unit Kokurilum, PIBG & Koperasi ~
Semuanye dah 'check'. Nak buat kerja ni bukannya mudah. Making calls pun jenuh dok tekan nombor berpuluh2 kali
(ye ke? mmm..ye la tu).

Nak buat sijil pun satu hal, dah dapat 'sign' Pengetua..cari pulak cop mohor tak jumpa2. At last dah abis waktu sekolah baru le dapat. Baru teringat nak letak sijil tu dalam apa. Nak jimat kos, letak dalam file holder yang ada logo sekolah. Nak mahal sikit, kena order frame pulak.

Dan terima kasih banyak2 yang terhingga kepada Unit Kokurikulum (Pengetua la Boss nye), PIBG (Cikgu Noranuwi & Cikgu Hamidah Masod) dan Koperasi (Tn. Hj. Noordin) kerana meluluskan sumbangan yang dipohon. Nanti nak minta lagi...Insya Allah untuk lawatan seterusnya.

Dan tak lupa untuk kengkawan yang banyak membantu dalam men'setel'kan tugas hari ini, Kak Shakina (tolong kutip duit), Hasniza (tolong kira duit, tolong men'cop'kan sijil2, tolong bagi pendapat dan mengingatkan apa2 yang patut), Ustaz Mail (tolong order frame..dah jadi toke buat frame), Khairul Anuar (tolong ambil frame).

A big thanks to my beloved friend, Fuzainah yang banyak sangat memberi pendapat dan cadangan.

Semoga perancangan untuk lawatan esok berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Aminnn...



Monday, March 1, 2010

psst...nak kongsi cite sikit...

...hari ni baru hari pertama dalam minggu persekolahan. Masuk kelas hari ni memang rasa bersemangat. Studenz pun dah cuti 3 hari (Jumaat, Sabtu n Ahad : cuti sempena Maulidur Rasul), rasanya pun dah puas bersantai di rumah.

Sambil2 mengajar, ada le selang seli cerita pasal haruman semulajadi studenz especially girls. Tapi Alhamdulillah studenz kelas tadi takde la yang berbau 'semacam'. Mungkin baru hari pertama, kelas pun pagi lagi n all of them r nice n neat studenz.

Siap pesan kat bebudak tu kata,
'Awak2 ni kalau rasa kurang selesa bau badan sendiri, saya suka la nak syorkan deodorant yang sesuai terutamanya yang ada masalah bau ketiak'.
(ayat ni kiranye habis baik la nak sampaikan pada bebudak tu)

Lepas tu tambah sikit ayat lagi,
'Kot2 la ada member2 awak yang ada masalah macam tu, elok la awak cadangkan pada mereka.'

Ada la sorang dua dok kejan tanya,
'Deodorant apa teacher?'

'Nak senang cari kat kedai2, cari la Rex...... Tapi kalau rasa mampu nak beli mahal sikit belilah Adi.... '.

*gambar sekadar hiasan*

Bukan nak promote bukan nak jual, tapi memang dua2 tu dapat membantu studenz yang mengalami masalah macam tu. Kadang2 bebudak ni kalau tak cakap, tak patut jugak. Lebih baik cakap sebab ni bukan saja membantu kesucian n keharmonian aroma semulajadi tapi dapat jugak memberi keyakinan kepada mereka.





~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages