Tuesday, November 30, 2010

hari ini saya tengok rapunzel dengan ...

...nak jugak cerita di sini apa yang saya telah buat hari ini. Saya telah pergi menonton cerita RAPUNZEL dengan Alya Farisah. Besh la jugak sebab dapat tengok watak kartun yang comel. Rambut blonde perang nya yang panjang mengurai dan menawan. Lagi comel bila rambutnya didandan oleh kanak-kanak kecil dan diselit pulak bunga-bunga kecil yang pelbagai warna. Sangat comel. 


Mmm...moral cerita biasa saja. Cerita ini hendak membuktikan kelembutan dan kejujuran dapat mengatasi keganasan walaupun semasa berhadapan dengan musuh.



Bila bersama Alya Farisah...hanya boleh berkata,

"Layan jer..."




~

Monday, November 29, 2010

benda yang sayang nak dilepaskan tapi terpaksa jua dilepaskan..

...ada benda yang sukar nak dilepaskan tapi dalam keadaan terpaksa, kena lepaskan jugak. Ini bukan sembarangan benda, bukan benda yang kecil-kecil, yang comel-comel atau yang bernilai-nilai. Yang saya maksudkan ialah benda yang ada empat sudut, lapan penjuru dan berbentuk kotak besar.

Hmmm...apa le tu ye..

Ok, senang cakap BILIK. Ataupun dalam bahasa lain, kamar.

Tiga tahun lepas, saya dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk memegang untuk menghidupkan Bilik Gerakan oleh Pengetua sekolah. Sebut je bilik gerakan mesti orang ingat macam bilik gerakan banjir, atau bilik gerakan masa tengah hangat pilihanraya atau apa-apa le bilik gerakan yang orang sibuk keluar masuk untuk dapatkan info.
.
Takkk...bukan bilik gerakan yang itu. Bilik yang saya maksudkan ialah bilik yang ada di sekolah saya. Bilik yang menyimpan semua fail dan dokumen sekolah, menyimpan harta sekolah yang berbentuk kertas, hardcopy dan blueprint. Khazanah sekolah yang berbentuk piala, pingat, cenderahai dan cenderamata pun tersimpan di sini. 

Macam muzium pulak kan, mini muzium. Ataupun boleh juga kata arkib, atau mini arkib. Ish...tak menarik kan nama Bilik Gerakan. Kalau bubuh nama Bilik Seroja ke, Arkib Nilam ke atau pun letak nama Kamar Kasturi ke atau apa lagi ye yang manis didengar, hrmmm...

Ok lah..tolak cerita nama bilik tu ke tepi. Sambung cerita pulak pasal tajuk entry di atas tu. Sebelum tu saya ingat nak kena bukak balik cerita di awal penubuhan Bilik Gerakan ini. 

Ceritanya..

Bilik ini asalnya dulu adalah bilik darjah. Terletak di tingkat bawah sekali. Kalau dari lobi depan sekolah, bilik ini terletak di sebelah kanan bersebelahan dengan Bilik Kaunseling dan berhadapan dengan Bilik Kesihatan. Disebabkan keadaan dan ruang bilik yang besar ini amat tidak bersesuaian dijadikan bilik darjah, Pengetua merancang untuk dijadikan Bilik Guru tambahan (guru kat sekolah ramai sangat..hampir mencecah 120 orang). Ntah macam mana tiba-tiba rancangan tu bertukar dan Pengetua nak jadikan bilik tu sebagai bilik gerakan pulak. Ikut je la..dia boss.
.
Masa ini la saya dipanggil oleh Pengetua untuk menyerahkan tanggungjwab Bilik Gerakan. Saya masih ingat lagi masa mula-mula diserah kunci bilik tu pada hujung tahun 2007. Pengetua sebut nak bilik tu mula beroperasi tahun 2008. Dan saya mula le sibuk letak benda-benda dalam kepala...'survey macam mana nak buat kabinet fail, nak cat warna apa, nak buat curtain yang macam mana, tukar pintu kayu yang lebih cantik, tukar lantai simen ke lantai jubin yang berkilat'. Dan masa ini jugak saya minta tolong beberapa orang pelajar yang sangat teliti dan cermat untuk mengecat bersama-sama saya.

Alhamdulillah siap le jugak bilik tu dengan dinding baru dicat, pintu baru, curtain baru. Kabinet pun siap dipasang. Dan mulai tahun 2008 juga saya cuba menyiapkan kotak-kotak fail yang hendak diletakkan dalam kabinet tu.

Masuk je tahun 2009, saya dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media dan ini bermakna saya terpaksa memegang sepenuhnya Pusat Sumber Sekolah. Pengetua masih tak lepaskan saya dari Bilik Gerakan. Ikut kudrat saya memang tak mampu untuk memegang dua bilik serentak. Selepas berbincang dengan Pengetua, saya diletakkan sebagai AJK ciput je kat situ. Bilik diserahkan sepenuhnya kepada Puan Sharimah. Puan Sharimah ini sememangnya cikgu yang kreatif dan kemas. Bagi saya dia berjaya menyempurnakan bilik itu seindahnya dengan tambahan perabot-perabot dan bingkai-bingkai yang cantik.

Ini la rupanya Bilik Gerakan sesudah. Gambar yang sebelum puas dicari dalam koleksi saya. 









Dan akhirnya...tahun 2010 saya melepaskan tanggungjawab saya kepada jawatankuasa baru Bilik Gerakan. Umpama melahirkan anak dan terpaksa diserahkan kepada orang lain, begitu le yang saya rasa. Walaupun tak nampak di mata menangis meraung, tapi tangisan dan raungan di hati siapa la yang tahu. Tapi semua kedukaan tu terubat kerana kuncinya masih saya pegang dan sekali sekala saya memantau jugak bilik tu.

Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan sekerja yang membantu dalam menghidupkan bilik ini. Pengetua, Pn Sharimah, Pn Rosni, En Rozaiman, Pn Fuzainah, Pn Nor Farheen dan Pn Nor Hasniza. 




~

kenapa orang suka ambil gambar sendiri?

~Assalamualaikum~

...kali ini entry nak diskusi pasal tabiat orang-orang tak kira lelaki ke perempuan ke sama je. Hmm..tapi ni biasanya kebanyakan kerja orang perempuan. Tabiat ni mesti ada beberapa syarat. Yang pertamanya dia mesti ada kamera di tangan, tak kira la kamera apa jenis brand pun atau pun kamera handphone dia. Yang keduanya, dia dalam keadaan boring taktau nak buat apa dan duduk dalam bilik sorang-sorang. Cukup dua syarat ni, menjadi la tabiat ini.

Apa dia tabiat dia ye?
Haa..ambil gambar sendiri. 

Snap le gambar sendiri punya banyak kali dan tengok semula, nak simpan ke nak delete. Biasanya orang akan ambil dengan gaya yang bermacam-macam. Gaya duduk ke, berdiri ke, baring ke mesti buat ala-ala manja gitu (ni untuk perangai orang-orang  budak-budak perempuan le ni ). Dan selalunya kalau nak ambil shot jauh sikit, kena le ambil depan cermin. Macam orang tengah perasan sorang-sorang pulak kan..

Saya ada pengalaman macam tu juga, bila kamera handphone saya sendiri sedang berada di dalam genggaman tangan..tehehe.. Waktu tu pulak tengah tunggu panggilan seseorang dan dalam masa yang sama duduk sorang-sorang di dalam bilik. Bukan takde kerja lain, kerja menimbun-nimbun tapi dek kerana boringnya menunggu, maka ini le jadinya.

ni masa tunngu on call ketua editor

 ni pulak tunggu on call my fren sambil tunggu alya pakai telekung


 yang gambar dua kat atas ni memang tengah boring giler tunggu on call my fren

Bila tengok balik terperasan pulak ni perangai orang-orang muda. Sedar le diri awak tu dah tua. Tiga tahun lagi nak masuk 40 tahun. Tua dah saya ye. Hmm..kena check rambut ni, ada dak rerambut putih dok sembunyi.




~

Sunday, November 28, 2010

Momen bersama Alya 1...

...cuti sekolah ni akan banyak menjadi cerita ibu dan anak. Saat-saat bersama ibu dan anak ini la yang akan dikenang dan diimbas semula apabila ibu dan anak ini berjauhan kelak. Dan momen-momen ini la kalau sempat dirakam akan diabadikan dalam blog ini.

Ikut rancangan si ibu merangkap diri saya ni nak habiskan juga bacaan Quran si anak a.k.a Alya Farisah. Dah saya kata pada Alya, 'Alya, mama nak Alya khatam Quran seelok-elok Alya masuk 10 tahun.' Masa ni saya cakap semasa buat tadarus bersamanya di bulan puasa lepas (kata je buat tadarus, tapi tak habis pun seQuran tu. Elok mama dia puasa yangyok je, terus takde kesinambungan lagi)

Masalah si Alya ni kurang sangat motivasi diri. Buat kerja pun banyak yang hangat-hangat tahi ayam. Bab mengaji pulak dia banyak buat mengelat ponteng mengaji. Sakit perut la, pening kepala la...dan macam-macam alasan lagi yang dia bagi. Dah macam ni jadinya, saya pun kata pada Alya, 'Alya, mama ingat nak buat majlis birthday Alya sekali dengan majlis khatam Quran. Kalau tak dapat khatam Quran ni, kira batal la majlis birthday tu.' 

Yang si Alya ni pulak respon le dengan tangisan raungnya sambil berkata, 'Mama tak adil, mama tak adil.'

Ish budak ni bukan dia nak jadikan itu semangat. Dia meraung-raung kata mama tak adil lak. At last minta nendanya masuk campur, baru le dia diam dan akur.

Bab ustaz / ustazah ni dari dulu bertukar ganti. Last last mama dia jugak le jadi ustazah. Banyak gak songehnya. Dalam hati niat memang nak rotan, tapi waktu nak rotan mesti rotan tu menghilangkan diri. Ntah kenapa, agaknya rotan tu tak sanggup nak menghinggapkan diri pada badan si Alya kot. Wallahuaklam. Dan untuk melembutkan hatinya untuk baca Al Quran ni, saya ajak dia solat berjemaah. Lepas solat terus baca Al Quran. Alhamdulillah, Alya tak perlu disuruh lagi. Lepas baca doa, terus diambilnya Quran duduk atas sejadah semula.

Dan sampai ke saat ini tinggal beberapa helai lagi dalam naskhah Al Quran yang akan dihabiskan. Takut masa tak sempat dan nak habiskan juga sebelum sampai 15hb ni, waktu cuti sekolah ni la digunakan sepenuhnya membaca Al Quran. Kalau sebelum ni, baca setiap kali selepas maghrib, waktu cuti ni pulak tukar rutin. Setiap kali selepas solat fardhu lima kali sehari secara berjemaah, terus Alya baca Al Quran. 

Doa dan harapan mama pada Alya, moga Allah permudahkan Alya khatam Al Quran sebelum memasuki alam remaja. Aminnn...





~

Saturday, November 27, 2010

Musim Cuti Sekolah..

~Assalamualaikum~

...musim cuti sekolah ni ada banyak rancangan yang nak dibuat. Walaupun hari ini dah masuk hari yang ke 7, masih banyak lagi hari-hari yang hendak dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang kalau boleh taknak le menyesal bila cuti dah habis nanti.
 .
Ye..betul, tahun-tahun lepas memang menyesal, tu tak sempat nak buat, yang ini pulak apsal boleh terlupa nak buat. Kalau boleh tahun ni punya cuti panjang nak berjalan dengan lancar dan 'smoothly'.

Cuti sekolah akhir tahun ni ada 42 hari. Hmmm..banyak tu..

Secara kasarnya, macam ni le perancangannya..

 November's

December's

Oleh kerana hal dan kisah majalah ni tak selesai lagi, so terpaksa le letak jugak hari mengedit. 
21 hb November - edit majalah (hai teruk betul buat majalah, orang tak pro macam ni le)

22 - 24 hb November - Alya ada Kem Anak Soleh. Oleh kerana tempat dibuat di kawasan yang ada hutan, mama dia pun ikut sekali. Risau jugak kot jadi apa-apa nanti. (Nak dijadikan cerita, kem ini terpaksa dibatalkan dan Alya akan masuk ke siri yang ke 2 iaitu di penghujung bulan Disember nanti. So masa tiga hari ni habiskan masa dengan Alya di rumah. Makan, tidur, main, makan, tidur, main..)

25 hb November - edit majalah, selesaikan yang mana tak setel lagi (yang ni pun tunggu calling ketua editor. Dia pun senyap je..kita pun senyap jugak le)
.
26 hb November - kuliah agama, pastu soping-soping barang yang patut matut je.

27 hb November - hari ni adalah hari membasuh. Basuh beg, basuh kasut, basuh semua-semua lah..yang mana ada kotor-kotor tu basuh je.

28 - 30 hb - kena sediakan dan siapkan bahan untuk perbincangan kertas Sains 1511/2 dengan calon-calon SPM SMKKN ni.

1 hb Disember - kelas perbincangan terakhir kertas Sains 1511/2 dengan calon-calon SPM SMKKN.

2 hb Disember - nak setelkan bil-bil.
.
3 - 4 hb Disember - Insya Allah ke Kelantan untuk printing majalah. Ishh..jauh bebenor tempatnya. Apa le istimewanya tempat ni di mata bos? Hmm..ntah le.

5 hb Disember - kenduri kawin sepupu.

6 - 12 hb Disember - ada di KL dengan Alya. Masa ni ada le aktiviti-aktiviti nanti dengan sepupu-sepupunya.

13 - 29 hb Disember - Operasi dengan LPM (yang ni kerja masyuk duit ni)
30 hb Disember - Majlis Khatam Quran Alya Farisah beserta dengan ulang tahun nya yang ke 10.

31 hb Disember -  kuliah agama, pastu soping-soping barang yang patut matut je (hehe..siaran ulangan hampir setiap minggu ni)

1 hb Januari 2011 - dok kat rumah dan pikir-pikir apa yang nak bawak esoknya pada hari pertama persekolahan Tahun 2011.

hmm..tengok tu, penuh tak rancangan mangan di atas ni. Kalau tak terbuat tu memang kena buat post mortem le kat mana kurangnya. Harapan moga yang dirancang akan menjadi kenyataan.




.
~

Saturday, November 20, 2010

kesian betul anakku...

...huhuhu...
Alya Farisah lembik satu hari sebab muntah2. Puncanya daripada makanan. Maknanya keracunan makanan le. Tapi bukan sebab makanan yang dah basi atau dah expired.
Sebabnya kebersihan tuan diri...
Puas korek tanya kat tuan diri, 'basuh tangan tak?', 'pegang kucing tak?', 'masa basuh tangan, sabun tak?'. Tuan diri diam seribu bahasa. Agaknya kesal le kot.

Awal pagi bagi ubat herba yang dibuat nendanya. Lega le kejap. Sampai ke petang dok muntah jugak, jumpa le doktor. Ikut kata doktor, memang sebab kebersihan diri. 

Haa..tu dengar wahai Tuan Puteri Alya Farisah. Beringat la..cuci tangan betul2, walaupun kata dah basuh. Tapi pastikan celah kuku dan jari tiada kotoran. Siap buat demontrasi cara basuh tangan yang betul. Ehh..rasanya dah ajar dah dulu. Itu la..anak bertuah, makin besar makin ambil mudah pengurusan diri sendiri.

ni le rupa nya wajah kelesuan si tuan puteri
(pic taken while waiting for the doctor)





~

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidil Adha ...buat semua Muslimin dan Muslimat

...hari ni hari kedua Hari Raya Aidil Adha bersamaan 12 Zulhijjah 1431. Hati betul2 terasa sangat kurangnya pengorbanan saya sebagai seorang umat Nabi Muhammad. Dibandingkan dengan orang2 lain terutamanya orang2 yang berada di sekeliling sangat besar jurangnya. 

Sebagai contoh, rumah kawan-kawan yang ditelenggami air semasa banjir baru-baru ini. Cikgu Faizi, Zuraini dan Azimah. Rumah mereka hampir keseluruhan ditelenggami air. Itulah pengorbanan yang sangat besar yang terpaksa dilalui oleh mereka. Rumah rosak, barang-barang, perabot, pakaian sebahagian besar tidak boleh dipakai lagi. Sungguh banyak kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Tidak dapat dibayangkan bagaimana pulak kalau saya di tempat mereka. Nauzubillah min zalik.

Dan tahun ini juga Alhamdulillah, termakbul niat untuk membuat korban lembu. Walaupun masuk secara berkumpulan ( 1 ekor lembu dikongsi 8 orang) bersama adik2 ku dan ibu2 bapa2 ku, semua urusan itu telah pun terlaksana sudah. Semoga daging2 korban yang dilapah dapat diagihkan kepada orang2 kaum muslimin dan muslimat yang lebih memerlukan.

Abah sedang membacakan doa. Sang lembu menunggu detik untuk dikorbankan.

Sang lembu yang telah disembelih. 
Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pergi.

Kawan2 Abah sedang melapah daging lembu.




~

Saturday, November 13, 2010

Cerita di Langkawi...

...berehat sekejap untuk cuti tiga hari ni dari kerja2 mengedit majalah sekolah. Sebenarnya 'rehat sekejap' tu dah dibuat masa minggu lepas lagi. Tapi rehat kali ni Bercuti di Langkawi. Dua hari di Langkawi, tapi lain jadinya. Silap...silap.
Dah orang mengajak, 'on' je la. 

Cerita pasal Langkawi:
...kali terakhir pergi Langkawi masa tahun 2008. Itu pun pergi pasal jadi fasilitator Kem Kecemerlangan. Masa tu schedule waktu siang penuh dengan acara bersama students. Nak jalan pun waktu malam, so banyak jalan2 cari makan  je la. Itu cerita 2 tahun lepas. Tahun ni pulak memang dah plan nak bercuti dengan Alya. Dan secara kebetulan dipelawa untuk menyertai kumpulan seramai lebih kurang 24 orang (rakan2 sekerja n famili), so kata 'ok' je. Asal boleh bawa Alya sama.

Ketua rombongan kata, kat Langkawi nanti ada 2 van. 1 van pergi shopping dan 1 lagi van pergi jalan2. Entah macam mana, sampai kat sana dua2 van pergi shopping. Masa 2 hari tu penuh dengan sopinggg..soping. Dah dalam kepala dah takde niat nak soping, belek2 je la. Pelik gak..tak terasa pulak berkenan nak beli barang2 yang orang kata murah2 tu. Nama pun barang bebas cukai. Banyak yang beli pinggan mangkuk, kain batik. Nak beli pinggan mangkuk, kat rumah dah ada (al maklum la tinggal dengan parents). Nak beli kain batik, jarang sangat2 pakai kain batik.

Tanya kat Alya, "Kita nak soping apa ye?". Alya jawab, "Coklat le, mama." 
Haa..coklat. Kami pun ambil bakul sorang satu, pilih coklat yang macam2 bentuk, kaler tu. So, bila rakan2 tanya, "U all beli apa?". Kami jawab, "COKLAT". Hehehe...

Tapi yang sedihnye kat Alya sebab dia sangat2 teruja nak naik cable car. Tapi dah disebabkan waktu tu cuaca berangin, tengok atas. nampak je sayup2 cable car tu kecuttt perut. Tambah pulak mama Alya ni yang gayat, so pujuk le dia. "Lain kali ye sayang."

Jom Alya kita tengok rabbit. Boleh bagi makan sendiri la.. Nasib baik keterujaan nya nak naik cable car tu diganti dengan keseronokan memberi makan arnab2 yang boleh tahan gak besarnya.
  







~

Friday, November 12, 2010

Ketentuan...dari Kak Melah

...kali ni suka nak cerita pasal lagu. Nama lagu, 'Ketentuan'. Suka sangat bila dengar lagu yang satu ni dendangan Kak Melah. Bila dengar lagu ni, hati jadi sayu (minta maaf naa.., lagu ni tiada kena mengena dengan diri sendiri. Cuma mengenangkan orang yang mengalami kisah sama seperti lagu ini). Tapi tak le pulak sampai berulang2 kali mendengarnya. 

Sebenarnya saya ni bukan la peminat Kak Melah sorang ni. Nak minat penyanyi2 ni susah le sangat. Dulu pun mula kenal Kak Melah ni masa tingkatan sekolah menengah dulu. Masa tu dia sangat2 popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Masa tu tak layan sangat, mungkin taste masa tu bukan pada Kak Melah. Masa tu minat Feminin. Hehehe...

Baru ni pulak dapat tahu Kak Melah dah pakai tudung. Dan waktu baca berita ni, rasa sejuk hati sebab bertambah seorang lagi artis yang ber'hijrah'. Lagi tambah sejukkk bila membaca statement Kak Melah.

“Masa untuk saya bertudung sudah sampai dan ini merupakan satu penghijrahan ke arah imej yang lebih baik dan mungkin sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan,” beritahunya.

dan ini

“Saya bersyukur sangat kerana Allah banyak memberi saya rezeki selama ini dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya,” jelasnya yang turut popular dengan lagu Ketentuan.





~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages