Monday, November 29, 2010

benda yang sayang nak dilepaskan tapi terpaksa jua dilepaskan..

...ada benda yang sukar nak dilepaskan tapi dalam keadaan terpaksa, kena lepaskan jugak. Ini bukan sembarangan benda, bukan benda yang kecil-kecil, yang comel-comel atau yang bernilai-nilai. Yang saya maksudkan ialah benda yang ada empat sudut, lapan penjuru dan berbentuk kotak besar.

Hmmm...apa le tu ye..

Ok, senang cakap BILIK. Ataupun dalam bahasa lain, kamar.

Tiga tahun lepas, saya dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk memegang untuk menghidupkan Bilik Gerakan oleh Pengetua sekolah. Sebut je bilik gerakan mesti orang ingat macam bilik gerakan banjir, atau bilik gerakan masa tengah hangat pilihanraya atau apa-apa le bilik gerakan yang orang sibuk keluar masuk untuk dapatkan info.
.
Takkk...bukan bilik gerakan yang itu. Bilik yang saya maksudkan ialah bilik yang ada di sekolah saya. Bilik yang menyimpan semua fail dan dokumen sekolah, menyimpan harta sekolah yang berbentuk kertas, hardcopy dan blueprint. Khazanah sekolah yang berbentuk piala, pingat, cenderahai dan cenderamata pun tersimpan di sini. 

Macam muzium pulak kan, mini muzium. Ataupun boleh juga kata arkib, atau mini arkib. Ish...tak menarik kan nama Bilik Gerakan. Kalau bubuh nama Bilik Seroja ke, Arkib Nilam ke atau pun letak nama Kamar Kasturi ke atau apa lagi ye yang manis didengar, hrmmm...

Ok lah..tolak cerita nama bilik tu ke tepi. Sambung cerita pulak pasal tajuk entry di atas tu. Sebelum tu saya ingat nak kena bukak balik cerita di awal penubuhan Bilik Gerakan ini. 

Ceritanya..

Bilik ini asalnya dulu adalah bilik darjah. Terletak di tingkat bawah sekali. Kalau dari lobi depan sekolah, bilik ini terletak di sebelah kanan bersebelahan dengan Bilik Kaunseling dan berhadapan dengan Bilik Kesihatan. Disebabkan keadaan dan ruang bilik yang besar ini amat tidak bersesuaian dijadikan bilik darjah, Pengetua merancang untuk dijadikan Bilik Guru tambahan (guru kat sekolah ramai sangat..hampir mencecah 120 orang). Ntah macam mana tiba-tiba rancangan tu bertukar dan Pengetua nak jadikan bilik tu sebagai bilik gerakan pulak. Ikut je la..dia boss.
.
Masa ini la saya dipanggil oleh Pengetua untuk menyerahkan tanggungjwab Bilik Gerakan. Saya masih ingat lagi masa mula-mula diserah kunci bilik tu pada hujung tahun 2007. Pengetua sebut nak bilik tu mula beroperasi tahun 2008. Dan saya mula le sibuk letak benda-benda dalam kepala...'survey macam mana nak buat kabinet fail, nak cat warna apa, nak buat curtain yang macam mana, tukar pintu kayu yang lebih cantik, tukar lantai simen ke lantai jubin yang berkilat'. Dan masa ini jugak saya minta tolong beberapa orang pelajar yang sangat teliti dan cermat untuk mengecat bersama-sama saya.

Alhamdulillah siap le jugak bilik tu dengan dinding baru dicat, pintu baru, curtain baru. Kabinet pun siap dipasang. Dan mulai tahun 2008 juga saya cuba menyiapkan kotak-kotak fail yang hendak diletakkan dalam kabinet tu.

Masuk je tahun 2009, saya dilantik sebagai Guru Perpustakaan dan Media dan ini bermakna saya terpaksa memegang sepenuhnya Pusat Sumber Sekolah. Pengetua masih tak lepaskan saya dari Bilik Gerakan. Ikut kudrat saya memang tak mampu untuk memegang dua bilik serentak. Selepas berbincang dengan Pengetua, saya diletakkan sebagai AJK ciput je kat situ. Bilik diserahkan sepenuhnya kepada Puan Sharimah. Puan Sharimah ini sememangnya cikgu yang kreatif dan kemas. Bagi saya dia berjaya menyempurnakan bilik itu seindahnya dengan tambahan perabot-perabot dan bingkai-bingkai yang cantik.

Ini la rupanya Bilik Gerakan sesudah. Gambar yang sebelum puas dicari dalam koleksi saya. 









Dan akhirnya...tahun 2010 saya melepaskan tanggungjawab saya kepada jawatankuasa baru Bilik Gerakan. Umpama melahirkan anak dan terpaksa diserahkan kepada orang lain, begitu le yang saya rasa. Walaupun tak nampak di mata menangis meraung, tapi tangisan dan raungan di hati siapa la yang tahu. Tapi semua kedukaan tu terubat kerana kuncinya masih saya pegang dan sekali sekala saya memantau jugak bilik tu.

Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan sekerja yang membantu dalam menghidupkan bilik ini. Pengetua, Pn Sharimah, Pn Rosni, En Rozaiman, Pn Fuzainah, Pn Nor Farheen dan Pn Nor Hasniza. 




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages