...hari ni hari kedua Hari Raya Aidil Adha bersamaan 12 Zulhijjah 1431. Hati betul2 terasa sangat kurangnya pengorbanan saya sebagai seorang umat Nabi Muhammad. Dibandingkan dengan orang2 lain terutamanya orang2 yang berada di sekeliling sangat besar jurangnya.
Sebagai contoh, rumah kawan-kawan yang ditelenggami air semasa banjir baru-baru ini. Cikgu Faizi, Zuraini dan Azimah. Rumah mereka hampir keseluruhan ditelenggami air. Itulah pengorbanan yang sangat besar yang terpaksa dilalui oleh mereka. Rumah rosak, barang-barang, perabot, pakaian sebahagian besar tidak boleh dipakai lagi. Sungguh banyak kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mereka. Tidak dapat dibayangkan bagaimana pulak kalau saya di tempat mereka. Nauzubillah min zalik.
Dan tahun ini juga Alhamdulillah, termakbul niat untuk membuat korban lembu. Walaupun masuk secara berkumpulan ( 1 ekor lembu dikongsi 8 orang) bersama adik2 ku dan ibu2 bapa2 ku, semua urusan itu telah pun terlaksana sudah. Semoga daging2 korban yang dilapah dapat diagihkan kepada orang2 kaum muslimin dan muslimat yang lebih memerlukan.
Abah sedang membacakan doa. Sang lembu menunggu detik untuk dikorbankan.
Sang lembu yang telah disembelih.
Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pergi.
Kawan2 Abah sedang melapah daging lembu.
~
Abah..... I miss UUU
ReplyDeleteOhhh dapat juga I tgk lembu tu, wakilkan kat abah ja utk niat korban.
Along: Tahniah,Permulaan yg baik... teruskan niat utk berkorban tiap thn, InsyaAllah yg selebihnya allah akan mudahkan.