Sunday, February 27, 2011

suatu ketika dahulu... 'Hobi saya melukis.'

~Assalamualaikum~

...dulu saya suka melukis.

'Dulu tu bila?'

Duluuu...masa saya umur 10 tahun dulu.

Saya tak tahu kenapa waktu umur tu saya suka lukis. Bila datang je ilham (kononnn), saya mesti cari pensel dan kertas putih. Lukis le saya macam orang di alam khayalan. Dengan asyiknya sampai tak heran benda-benda lain.

Tapi saya lukis tak pernah siap. Lukisan saya tak lengkap, tak sempurna. Saya lukis gambar orang yang tak siap. Saya lukis orang tanpa mata, hidung dan mulut. Kawan-kawan tanya, kenapa lukis tak siap. Saya senyum je. Malu nak jawab sebab yang sebenarnya. Saya biar kawan-kawan saya buat spekulasi sendiri.

Tapi sekarang tidak lagi. Saya bukan tak suka melukis lagi. Cuma tak macam dulu. Dah takde keinginan dan keterujaan macam dulu. Mungkin la keterujaan melukis tu dah berpindah ke anak saya.

"Ye ke Alya?"

 Agak-agaknye kalau dulu la diasah bakat melukis, boleh terer macam Xiaonan Sun ni tak?


waaaaa... *kagum*


Psst..sebenarnya yang lukis orang takde mata, hidung dan mulut tu sebab tak reti lukis cantik-cantik. Bila lukis je, muka jadi macam hantu. Kalau lah dulu ada cerita Hantu Kak Limah, mesti orang kata,
'Laa..ko minat betul dengan watak Hantu Kak Limah ek.'




~

Friday, February 25, 2011

Bukan giler beli kasut tau...tapi kena ada jugak....

~Assalamualaikum~

...cakap pasal kasut, beg, baju pesyen-pesyen, orang perempuan memang tak kalah nak cerita. Tapi tak menang nak memakai. Orang perempuan memang tak lari dari pesyen-pesyen terkini. Saya ni macam tu le jugak walaupun kadang-kadang tu agak ketinggalan. Sebabnye susah nak terima bila datang pesyen baru. Datang je pesyen baru, pikir dulu sesuai ke tak, kena ke tak dengan umur yang lewat 30 an ni..

Saya suka nak bercerita pasal kasut kali ni sebab sekarang ni dok usha-usha nak tambah koleksi kasut yang rata dan leper. Atau orang puteh kata flat shoes.

Bukannya nak mengada-ngada nak ada kasut-kasut tu semua. Tapi memikirkan tak elok saya pakai kasut tumit tinggi tiap-tiap hari ke sekolah. Dengan nak ke hulu ke hilir, naik tangga turun tangga. Dari parking lot nak ke pejabat tingkat 2, pastu naik ke tingkat 3 pegi library, pastu naik setingkat lagi makmal sains di tingkat 4. Ulang alik ulang alik macam tu, saya rasa memang sangat perlu le saya tukar kasut tumit 3, 4 inci kepada kasut flat. Yang lebih ringan dan selesa.

Setakat ni baru ada 3 jenis kasut flat, warna coklat 2, warna hitam 1.Yang dok teringin tapi tahan jugak keteringinan tu kasut-kasut macam ni.
*scroll down*

















Saya mula pakai tahun ni, pastu orang tegur saya, 'Awat nampak pendek?' Saya pun tunjuk jari telunjuk saya ke kasut. Hehe...tu la dok menyamar lagi pakai kasut 3, 4 inci.

Mama dia dok sibuk usha-usha kasut on9, si anak pun sibuk jugak,

'Mama, mama, Alya nak kasut macam ni.'






"?????"




~

Saturday, February 19, 2011

Mai tengok...mamat ni kata apa?

~Assalamualaikum~

...saya tertarik dengan cara mamat ni bagi info pada semua-semua orang. Nama mamat ni seperti yang tertera pada Youtube, matluthfi90


Bagus gak cara dia buat video macam ni. 
Kelakar, kelakar. 

*gelak jap*

Video yang dibuat oleh mamat ni memang boleh mengena siapa-siapa yang buat kerja-kerja yang tak patut tu. So korang-korang semua yang dah terkena tu, insaf-insaf la.

Layannnn...




~

Friday, February 18, 2011

Pagi ni saya rasa sebak bila baca berita ini...

~Assalamualaikum~

...saya rasa sangat-sangat sedih bila baca berita ni. Sila baca di Harian Metro ni.


 Air mata saya terus menitis bila baca part yang ini, ...

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

 Bayangkan diri kita di tempat ibu si kecil Sheena ni. Anak yang kita kandung selama 9 bulan, yang kita jaga makan minum kita selama tempoh itu untuk melahirkan anak yang sihat. Dan sejak kelahirannya juga kita jaga sebaik habis baik, dan begini yang terpaksa kita lalui...tanpa tahu sebabnya, KENAPA?

Untuk Ibu Sheena, saya ucapkan semoga tabah dan Insya Allah, Tuhan akan tunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Orang yang bertanggungjawab akan diadili akhirnya.



~


Tuesday, February 15, 2011

Mari kita sambut Maulud Nabi...

~Assalamualaikum~ 

...haa, ni baru betul. Kita sebagai umat Islam sejati memang patut sambut hari ni. Hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam. 

Sangat-sangat sedih bila kita berbual-bual dengan studen kita.

Cikgu tanya, 'Esok cuti apa?' 

Studen jawab, 'Cuti Awal Muharam, cikgu.' Cikgu jegil mata. Studen jawab lain pulak, 'Eh silap, cuti Nuzul Quran.' Cikgu jegil mata sambil ternganga mulut. Studen mula garu kepala dan berkata, 'Taktau cikgu. Cikgu cakap la..'

Nak salahkan siapa. Nak kata media dan sekolah tak war-war, bohong sangat la.. Media tiap-tiap hari ada. Sekolah pun kat perhimpunan pun dah cakap. Ustaz dan ustazah pun dah cerita dah. Tapi malangnya studens ni dengar saja, lihat saja tapi tak peka. Bagi dia, jika cakap cuti berkenaan dengan hari-hari kemuliaan dalam Islam, dia rasa sama je. Tak semua le macam tu. Maulud Nabi dengan Awal Muharam dah boleh konpius. Untuk studen cikgu tu, cikgu tak marah na..cuma cikgu kesian je.

Jadi untuk pembaca blog ni, yang masih lagi dalam keKONPIUSan dan nak jugak tahu apa apa dan apa pasal Maulidur Rasul ni, saya tolong linkkan di SINI.





~

Monday, February 14, 2011

Jangan sambut Hari Valentine tauuu...

~Assalamualaikum~

...tiap-tiap tahun kita semua diingatkan "Jangan Sambut Valentine's Day". Tapi ramai yang tek heran pun benda tu. Depa kata, 'Punya pasal le nak sambut ke tak'. Kalangan remaja terutamanya yang sedang asyik mahsyuk bercinta memang dok tunggu-tunggu sangat le tarikh 14 Februari ni. Waktu ni la masing-masing nak tunjuk betapa loving maving nye diri atau suka sangat nak tunjuk diri tu sangat le romantiknya. Dosa ke apa ke memang dah tolak ke tepi hukum hakam tu.

Kalau sebelum ni kita diingatkan secara tidak langsung, tahun ni pula kita dah diingatkan secara langsung. Dalam berita baru-baru ni dah pun digazetkan "Umat Islam dilarang menyambut Hari Valentine." Nak baca berita-berita tu, kena la klik kat SINI, SINI dan SINI. Dalam khutbah Jumaat pun ada disebut tentang benda ni. Sila rujuk di SINI pulak.


Saya ambil sedutan dalam khutbah Jumaat yang dibaca di masjid sekitar Lembah Kelang baru-baru ini, ".....melarang sama sekali umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya."

Memang betul le sebagai seorang Islam kita patut peka tentang benda-benda yang haram ni. Ingat-ingatkan le kepada remaja-remaja hari ini tentang hukum yang dah memang termaktub ni. Saya sebagai orang yang paling dekat golongan remaja ni memang menjadi kewajipan untuk mengINGATkannya. Wallahuaklam...




~

Saturday, February 12, 2011

Majlis Khatam Al Quran Alya Farisah

~Assalamualaikum~

...akhirnya terlaksanalah sudah majlis yang telah dirancang dengan jayanya. Walaupun majlis ni tak berapa nak meriah gah-gah tapi Alhamdulillah saya tetap bersyukur. Terima kasih kepada semua-semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sama-sama mengalunkan surah-surah Al Quran sebagai tanda rasminya khatamnya Al Quran. 

Terima kasih banyak kepada sedara-mara terutamanya bonda-bonda, Ngah dan Lang serta sepupu-sepapat, Anis, Auni, Afiq dan Aufa.

Terima kasih banyak-banyak kepada adinda-adinda, Angah, Husna, Hadi dan Fahima.

Terima kasih yang sangat-sangat terhingga kepada ayahanda dan ibunda tercinta, Encik Mohammad dan Puan Nurhairiah.

Tanpa semua-semua dan semua yang tersebut di atas, majlis ini tidak akan berjaya.

TERIMA KASIH.

Sayang semua-semua...








~


Saturday, February 5, 2011

Google cipta aplikasi gambar organ dalaman manusia

~Assalamualaikum~

...thanks to Google sebab reka benda ni. Idea yang bagus untuk aplikasikan dalam kelas...



Baca di SINI.




~

Friday, February 4, 2011

Adakah kita semakin miskin kalau harga minyak semakin naik?

~Assalamualaikum~

 ...hari ni hari yang ketiga saya berholide'. Cuti hali laye cine. Waktu cuti macam ni jugak le saya ambil kesempatan pergi jalan-jalan dengan Alya. Hali-hali saya keluar. Rabu keluar, Khamis keluar, Jumaat pun keluar. Punye tak sedar diri syoknye jalan-jalan, minyak yang baru isi RM50 sekali isi hari Selasa lepas dah kering. Betul-betul terasa, 'Ait, cepatnye minyak abis. Tahan 3 hari je. Kalau dulu sempat jugak le 5 hari.' Betul-betul punya terasa.

Pikir-pikir kalau ke depan lagi, dengan gaji chek yang kecik ni kalau tak berjimat, memang jatuh miskin la. Dah abis cara berjimat dah. Maknanya nanti takleh nak pergi mana-mana. Kereta dok diam-diam kat rumah. Makan ala kadar, baju tu takleh nak tukar-tukar yang baru. Hmmm...badan kena maintain la. Kalau tak maintain, kena jugak beli baju baru kan. Nak mekap-mekap pun kena pakai bedak batu je la. Ni baru betul cara berjimat tahap maksima.

Mai kita tengok artikel kat bawah ni pulak...
* klik pada artikel di atas untuk lebih kepuasan membaca. Kalau tak cukup jelas, tekan butang CTRL dan simbol + serentak dua tiga kali.*




~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages