Monday, February 14, 2011

Jangan sambut Hari Valentine tauuu...

~Assalamualaikum~

...tiap-tiap tahun kita semua diingatkan "Jangan Sambut Valentine's Day". Tapi ramai yang tek heran pun benda tu. Depa kata, 'Punya pasal le nak sambut ke tak'. Kalangan remaja terutamanya yang sedang asyik mahsyuk bercinta memang dok tunggu-tunggu sangat le tarikh 14 Februari ni. Waktu ni la masing-masing nak tunjuk betapa loving maving nye diri atau suka sangat nak tunjuk diri tu sangat le romantiknya. Dosa ke apa ke memang dah tolak ke tepi hukum hakam tu.

Kalau sebelum ni kita diingatkan secara tidak langsung, tahun ni pula kita dah diingatkan secara langsung. Dalam berita baru-baru ni dah pun digazetkan "Umat Islam dilarang menyambut Hari Valentine." Nak baca berita-berita tu, kena la klik kat SINI, SINI dan SINI. Dalam khutbah Jumaat pun ada disebut tentang benda ni. Sila rujuk di SINI pulak.


Saya ambil sedutan dalam khutbah Jumaat yang dibaca di masjid sekitar Lembah Kelang baru-baru ini, ".....melarang sama sekali umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya."

Memang betul le sebagai seorang Islam kita patut peka tentang benda-benda yang haram ni. Ingat-ingatkan le kepada remaja-remaja hari ini tentang hukum yang dah memang termaktub ni. Saya sebagai orang yang paling dekat golongan remaja ni memang menjadi kewajipan untuk mengINGATkannya. Wallahuaklam...




~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages