Friday, February 18, 2011

Pagi ni saya rasa sebak bila baca berita ini...

~Assalamualaikum~

...saya rasa sangat-sangat sedih bila baca berita ni. Sila baca di Harian Metro ni.


 Air mata saya terus menitis bila baca part yang ini, ...

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

 Bayangkan diri kita di tempat ibu si kecil Sheena ni. Anak yang kita kandung selama 9 bulan, yang kita jaga makan minum kita selama tempoh itu untuk melahirkan anak yang sihat. Dan sejak kelahirannya juga kita jaga sebaik habis baik, dan begini yang terpaksa kita lalui...tanpa tahu sebabnya, KENAPA?

Untuk Ibu Sheena, saya ucapkan semoga tabah dan Insya Allah, Tuhan akan tunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Orang yang bertanggungjawab akan diadili akhirnya.



~


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages