Saturday, March 26, 2011

konfem akan rasa tenang bila dengar lagu-lagu ni...

~Assalamualaikum~
.
...rasanya semua dah dengar apa kata Lady Gaga baru-baru ni. Cik Gaga ni tak puas hati pasal lirik lagu dia yang telah disensorkan oleh radio-radio kat Malaysia. Cuba check kat SINI. Saya cukup risau masa mula-mula lagu Lady Gaga ni dok main-main kat Malaysia. Anak saya ikut terpengaruh mesti nak nyanyi-nyanyi, nak-nak pulak lagu Bad Romance. Ya Allah, memang saya cukup risau.
Saya kata, 'Alya, jangan nyanyi lagu tu.'
Dia tanya, 'Kenapa mama?'
Saya jawab, 'Tak elok la sayang, Islam larang lagu-lagu macam ni.'


Saya ni jarang sangat le nak teliti betul-betul lirik lagu. Yang kes si Gaga ni, kalau dengar memang terpesona. Lepas tengok video clip dia, mula saya rasa was-was. Teliti betul-betul lirik dia memang ada unsur-unsur Illuminati. 

Nauzubillah..

Suka saya nak kongsi lagu-lagu yang patut jadi halwa telinga bagi semua-semua umat Islam. Saya mula dapat lagu-lagu ni bila saya google-google Berhibur Dengan Irama Nasyid dan saya jumpa lebih ramai kawan-kawan Maher Zain.



ini Zain Bhikha dari Afrika Selatan 
bakatnya diasuh Yusof Islam



The Brothahood dari Australia
group yang popular dengan rentak hip hop/rap


Fez Meghani & Aftab Ali dari USA


Aashiq al-Rasul dari UK

 .
Ramai rupanya penyanyi nasyid antarabangsa yang kita tak tahu. Lepas-lepas ni mari kita buka mata kita dan pandang Islam secara global.

Masya Allah!



~

Monday, March 21, 2011

'cantik' is subjective...

~Assalamualaikum~

...cantik itu subjektif. Sila bangkang jika tak setuju.
Ada ke yang nak bangkang-bangkang? Takde kot...rasanye masing-masing semua pakat setuju.

Cantik pada pandangan mata orang lain-lain. Kalau orang lain kata cantik, tak semestinya saya juga kata cantik. Yang saya kata cantik pulak, orang lain kata tak cantik. Macam tu la pandangan mata-mata yang memandang.

Saya suka ambil contoh saya dengan adik bongsu saya.

Bila dia kata, 'Cantik la pelakon tu.'
 .
Saya kata pulak, 'Heh, tak cantik pun.'
.
Pastu dia kata pulak, 'Cantik la daripada Along tu.'
.
Mata terus jeling kat dia. Memang ayat dia ni tak boleh blah dari perli sindir kat kakak dia ni.

Dalam hati berkata, 'Terima je la. Huhu...kite memang tak cantik pun.'

Tapi yang bagusnye pulak, tang saya puji cantik dia setuju dan sokong 100%. Hehe...
 .
Bagus betoi adik aku ni.  
Adikku Fahima, sila baca ye...dan pastu klik LIKE tau.

Nak tau cantik pada pandangan mata saya macam mana.

Sila lihat di bawah ini.


~Julia Rais~




~madhuri dixit~



~aida khalida~

mai tengok Encik Matlutfi ni kata apa...


*hati kena geletek*

hahaha...gelak sama-sama...hahaha...

Memang betul pun kata dia. Sebenarnya definisi cantik ni kena ada pakej yang lengkap, bukan kita tengok fizikal sahaja...hati, adab, susila, kata-kata juga kita nilai.
Macam orang lain kata, 'Biar sedap mata memandang'.
Adat kata, buatpe rupe cantik..perangai tak semenggah, mulut pun tak manis.


Renung-renungkan la...
"Everything has beauty, but not everyone sees it" - Confucius


~

Wednesday, March 16, 2011

bila ibu-ibu meninggalkan anak di rumah sebab keluar shopping, ...

~Assalamualaikum~

...tengok tajuk kat atas macam kejam je kan. Itulah yang kami lakukan bila sekali sekala berjumpa. Tak kira la...kat Kay El ke Aloq Setaq ke..

Anak-anak kami tinggalkan semata-mata hendak menyahut panggilan toke-toke kedai yang tak jemu-jemu berkata, "SALE", "SALE".. 
 
ini la rupa anak-anak yang kena tinggal tu

Tapi bukan kejam tau..kami ni masih ibu-ibu yang penyayang. 
Sebabnye:

1. Anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh (bibik) yang sangat la baiknye dan murah kasih sayangnye..

2. Anak-anak ditinggalkan dengan bekalan makanan yang lebih daripada cukup. Hehe...

3. Anak-anak ditinggalkan di rumah yang selesa dan ada macam-macam permainan yang menyeronokkan..

4. Anak-anak bebas bermain dan membuat aktiviti yang best-best..

5. Anak-anak akan sentiasa saling berhubungan dengan ibu-ibu walaupun ibu-ibu sibuk memilih barang sambil tangan sebelah memegang henfon...

6. Anak-anak akan melompat-lompat teruja kegembiraan apabila ibu-ibu membawa balik hadiah-hadiah dan coklat-coklat kesukaan.. "Yea..yea... Mama balik" 


Itulah dia antara sifat-sifat ibu-ibu penyayang. Sebenarnya banyak lagi ni..tapi takkan nak tunjuk kesemuanya kan. TAK baik kan menunjuk-nunjuk.


'kami la ibu-ibu yang penyayang tu..'
note: gambar jadi itam putih sebab bergambaran di kopitiam bertemakan itam putih


~

Sunday, March 13, 2011

in dilemma...'Beli' ke 'Tak Beli'

~Assalamualaikum~

...betul-betul rasa dalam dilema. Ish...nak beli ke takyah beli ni. Berkenan dah lama dah. Bertahun dah pun...sejak ilang rasa sedih sebab yang sebelum ni dah rosak tak boleh pakai lagi, cukup-cukup abis waranti. Last beli masa study kat UUM, tahun 2005. Beli tu pun sebab gedik sangat nak pergi ke Padang, Indonesia. Pergi jalan, benda ni takde, tak best la.

Lepas rosak tu, tu kalau nak baiki kena bayar harga lebih kurang beli benda alah ni...terus terbantut. Sudahnye biar je macam tu...tak buat apa2 pun.

Tapi sekarang keinginan meluap-luap nak ada benda ni sekali lagi... 

Kali ni upgrade sikit. Kalau dulu beli dalam rm500 lebih je. Yang sekarang ni...up le lagi. Bukan nak belagak, bukan nak over materialistik...tapi sebab benda tu rasa berbaloi jugak dari segi hasilnye. Puas hatiii..betulll, tak tipu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nikon D3100 Digital SLR Camera 
...with 18-55mm NIKKOR VR Lens 

Halge : siap le dua libu


Hmm..'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', 'Beli?', 'Tak Beli?', .....



~



Friday, March 11, 2011

eee...saya geli dengan 'meow-meow'..

~Assalamualaikum~

...nak buka cerita kali ni pasal hewan yang saya geli. Bukan takut tapi geli. Geli nak pegang atau pun tersentuh. Kalau tersentuh, mesti meremang bulu roma. Naik mencacak..bahu pun terjungkit. 
Eeeeeeeeeee.........


Hehe..ini la hewans yang saya geli. Selalu berkeliaran kat tempat-tempat orang makan. Pastu bunyi, 'meoww..meowww'. Dengar nye kesian, bunyi mendayu-dayu suara minta makan. Tapi dah kerana geli punya pasal, tunggu je la aksi saya yang dah tak boleh nak cover malu lagi.

Kalau pegi kat mana-mana tempat makan, biasanye kat gerai makan atau pun open-air restoran, ada sekawanan kucing ni, memang sah tak singgah dah. Tapi setakat sekor dua tu, saya gagah le jugak. Itu pun kalau kucing tu dok diam setempat. Kalau dok ngiau-ngiau mai langut kat saya, saya panggil le orang kedai makan tu suruh ambil kucing tu bawak pegi jauh-jauh.

Pernah saya tengah makan kat kafetaria sekolah dengan member, Fuzainah, datang le kucing ni dok panjat kerusi saya minta makan. Apa lagi...TERjerit le saya. Yang si member ni dok tengah minum terkejut dengar jeritan saya tersedak-sedak melekat air kat tekak. Kesian le pulak. Rasa tak patut pulak saya ni...tapi sori la, memang takleh nak tahan TERjerit tu. Spontan je terjadi.

 Kalau le ada ubat tak bagi geli, memang nak dukung-dukung cik kitten yang kiut miut ni..


Jangan tak caye lak...hewan kat bawah ni saya TAK geli nak pegang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehehe...



~

Wednesday, March 9, 2011

seperti baru mendapat kaki...

~Assalamualaikum~

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kaki saya dah noRRRmal. Yea..yea..

Tak perlu lagi saya jalan macam Mak Pingu.

Cukup seminggu berlalu...dan

saya dah boleh berlari,


saya dah boleh melompat,


saya dah boleh menari,


saya dah boleh bersenamrobik semula.


eh eh...macam budak-budak pulak!

Sekali-sekala jadi la macam budak-budak untuk melupakan sekejap masalah yang bagai-bagai dalam kepala.

kejap..

*ikat tocang dua, pastu sengeh*
.
"ngeee..."

...tiba-tiba Alya datang, "Mama ni kenapa, ma?"



~

Monday, March 7, 2011

Biar malu-malu, biar segan-segan...

~Assalamualaikum~

...bila saya jalan-jalan di mana-mana di luar sana, saya akan jumpa orang-orang berpakaian yang membuat saya terfikir,

'Malunye kalau saya pakai macam tu.'

Saya rasa tak patut le pulak tunjuk gambar yang mengaibkan gegirls yang pakai tudung tapi lebih kurang macam catwoman tu. Kartun takpe kot...sebab dia memang takde perasaan malu. 

Perasaan malu tu akan timbul pada diri kita sebagai umat Islam yang tahu adab susila dan hukum hakamnya. Biasanya dah diajar dan dididik oleh ibu kita semasa kita kecik-kecik tu. Ustazah kat sekolah pun dah cakap dah kan.

'Hrmmm...'
???

antara bait-bait yang berkemundang di radio,

... biar malu-malu,
biar segan-segan,
kerana malu itu perisai orang beriman.

Semoga perasaan malu dan segan itu dikembalikan semula kepada semua muslimat yang memerlukannya.


~

Saturday, March 5, 2011

Gelaran untuk saya waktu saya sakit ...

~Assalamualaikum~

...rasanya dah maklum kan kaki saya sakit dioperasikan pada 28 Februari lepas. Rujuk balik cerita kakiku sakit. Sekarang dah masuk 5 hari saya duduk macam orang sakit di rumah. Badan cergas, otak sihat, tapi kaki yang tak cergas dan tak sihat. Kaki pun bukan la sakit giler berdenyut-denyut sampai terbaring takleh nak gerak langsung. Boleh bergerak, boleh berjalan tapi punya pasal nak jaga jahitan bagi cantum elok-elok, terpaksa la saya berjaga-jaga, berawas-awas. Orang utara kata 'pedo-pedo'.

Setiap masa saya dok perati tapak kaki saya sambil hati berkata,
'Bila la nak baik ni?'
Ikut kata doktor, cukup seminggu baru nak buka benang tu. Harap-harap lepas seminggu tu, elok le betul-betul. Boleh jalan seperti sedia kala. Boleh berlari-lari anak nak ke kelas, ke makmal sains dan ke library di sekolah. Boleh la melompat-lompat terkinja-kinja kat kelas aerobik nanti. 
Tihehe...

Tapi sekarang tak boleh lagi nak jalan-jalan, nak lari-lari, nak lompat-lompat macam orang normal. Dalam keadaan saya ni dapat le merasa betapa susahnya cara hidup orang tak normal. Ketika ini la juga saya terkenangkan orang-orang yang kurang upaya atau kita lebih senang menyebut OKU. Pada saat-saat ini, saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas anugerah yang diberikan. Memang OKU ni adalah insan-insan terpilih. Terpilih kerana mereka-mereka ini adalah orang yang tabah dan sabar menjalani kehidupan seharian. Saya tabik pada mereka-mereka ini.

*tabik*

Ini dialog Alya Farisah pada mamanya yang membuatkan saya .... hmmm, nak kata apa ye..

Situasi semasa saya sedang memasak dan sebelah lutut saya diletakkan di atas kerusi,

Alya : Mama ni macam OKU la..
Mama : ???

Situasi semasa saya berjalan dengan cara menahan tapak kaki daripada berpijak penuh atas lantai,

Alya : Mama jalan macam penguin laa...
Mama : *dalam kepala terbayang ...*
 .
Macam ni ke aku jalan?
.


jom layan ... 




~

Thursday, March 3, 2011

Bila rindu menggamit .....

~Assalamualaikum~

...saya sangat rindu waktu ini,

... waktu Alya Farisah masih kecil. Masa mula-mula berlakunya proses tumbesaran. Tapi sayangnye gambar waktu lahir tak diambil disebabkan keterujaan mengadap yang sorang ni tanpa rasa jemu. Tengok cara dia tidur, makan, senyum dan bila matanye baru pandai memandang pada saya. Memang rasa rindu sangat. 






Boleh menitis air mata bila diingat sepanjang masa membesarkan dia dalam keadaan susah dan senang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk menjaga, mengasuh dan mendidik anak yang satu-satu nya ini.

Maaf, quality gambar teruk dimakan usia. 
( _____ )



~

Wednesday, March 2, 2011

Mai timbang berat ... antara tips nak jaga kesihatan ni...

 ~Assalamualaikum~

...mulanya tahun 2011 ni, ada banyak yang nak saya capai. Kalau orang lain kata azam tahun baru, tapi saya taknak kata azam. Saya akan kata target atau sasaran. By this month, I must do this or by this January I must finish my stock file or by this February I must full complete three paperworks. Hmm..tu kerja kat sekolah. What about myself? Hmm..by this March, I must decrease my body fat.

Tapi itu la..kadang-kadang kita nak jadikan sesuatu tu tercapai, mesti nak ada sokongan dan dorongan. Siapa yang nak bagi kita sokongan dan dorongan tu? Kita mesti nak sokongan orang-orang yang paaaling dekat dengan kita. Ye..kita nak sangat sokongan dan dorongan orang-orang tersayang. Famili kita, kekasih kita, ataupun diri kita. Kita sayang tak diri kita? Of course la...sebab kita buat semua ni untuk kebaikan diri kita jugak kan. Jadi..saya pegang pada prinsip ini, kalau saya sayang diri saya, saya mesti bagi sokongan pada diri saya sendiri. Chaiyok..chaiyok..go fatin, go fatin..

Hehe...

I love to talk about my physical health. Bukan pasal nak melawa, nak cantik macam model, tapi lebih kepada kesihatan.

Untuk tujuan kesihatan fizikal tu, saya kerap timbang berat badan saya. Kerap pun takde la tiap-tiap hari. Seminggu sekali je.

 
Selalu orang timbang berat sebab nak tau berat makin naik ke turun kan. Orang ambil bacaan berat dan compare dengan orang lain. Tapi saya lebih suka bacaan kesemua fizikal badan saya. Saya nak tau saya punya berat, tinggi, BMI (Body Mass Index), purata BMI ideal dan berat ideal. Bila dah tau semua tu, boleh le saya ekjas-ekjas diet makan saya. Tihehe...

Okay.. Nak tau semua reading tu, saya suka naik benda alah kat bawah ni. Masuk koins, pastu tunggu la. Then, dia keluarkan slip yang ada semua reading tu. 


Dua benda kat atas ni ada kat shopping complex. Saya suka pergi kat Giant Aloq Setaq sebab tak ramai orang kat tingkat yang ada mesin ni. Hehe...malu gak bila naik atas benda tu.

Yang kanan tu dia ambil bacaan berat dan tinggi. Yang kiri tu pulak dia ambil bacaan berat, tinggi dan tekanan darah.


 Ni la slip nye... 'sape punya ntah'..

*tengok kiri kanan*

So, pasni kita ikut la macam yang dicadangkan oleh slip ni. Contoh nye 'orang ni'. Dia kena le maintain berat 'dia' antara 46 hingga 61 kg. Tu berat 'dia' 62.1 kg. Turunkan lagi ye..kalau boleh kurangkan makan sikit. Yang lain-lain tu kita maintain je la..selagi takde symptoms selagi takde efeks yang meragukan. Kalau ragu-ragu, jumpa pakar kesihatan.

Bacaan yang diambil kat atas tu pun ada keraguan jugak. Entah-entah mesin tu nak telan duit orang je. Bacaan tu main bubuh je. Eh, tak baik berburuk sangka kat mesin tu. Chisshh..

Kalau nak lebih baik, pergi la jumpa doktor. Kena check jugak kan kesihatan overall.



~


Tuesday, March 1, 2011

punye le boring yang amat jadi 'pesakit' di rumah...

~Assalamualaikum~

...haiiiiiiiiii.........tersangattttttttttt lah boringnye...bila...duduk rehat-rehat kat rumah, tak boleh nak ke hulu ke hilir. Kejap baring, kejap duduk, kejap meniarap, kejap terlentang. Booosaaannn...

*gaya orang mengeluh panjang*

Rasa sakit tak terasa tapi gaya macam orang sakit. Kena rehat, takleh nak gerak jalan-jalan. Nak buat kerja rumah pun takleh. Yang boleh pun, mengadap netbuk. Nasib beik ada netbuk. Bayangkan orang yang takde tu...memang mati akal taktau nak buat apa. Baca majalah, dah abis majalah diulang baca. Baca buku pun rasa dah letih sangat mata nak mengadap teks-teks yang font dia kecik-kecik tu. So..seharian ni saya blogwalking. Sampai nak termuntah. ...boleh tahan lagi.

Ini semua penangan saya buat laser buang cyst kat kaki. Dah setahun lebih benda tu dok ada, baru kemarin buang benda tu. Ingat ke bengkak kecil biasa-biasa je. Alhamdulillah dapat buang jugak kemarin. Masa cucuk bius tu, adoyai...sakit yang amat-amat. Kena 3 kali cucuk bius, baru doktor laser buang benda tu. Then, kena jahit 5 jarum.
 

 kakiku bebalut
...ish, udohnye tunjuk kaki

 Doktor bagi mc dua hari. Nak habiskan masa sehari ni...teruk jugak le nak isi-isi. Tadi pun Penolong Kanan Kokurikulum call mintak siapkan brochure Kejohanan Olahraga Daerah. Baru separuh siap. Malam ni boleh kot email kat dia.

Sekarang tunggu Alya balik sekolah, jadi nurse mama dia. Malam tadi, Alhamdulillah dia jaga mama dia elok-elok. Heh heh heh..mama dia pun ambil kesempatan sama. Boleh buat manja-manja.

*bunyi orang buka pintu bagi salam*

"Alyaaa...."

 Nurse Alya dah datang. "Yey yey..."



~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages