~Assalamualaikum~
Dua tiga hari ni, buka saja 'facebook' akan ada la kat wall masing-masing memaparkan tentang kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin. Sungguh sedih dan rasa marah melihat kekejaman yang berlaku kerana anak-anak kecil turut menjadi mangsa.
Saya rasa bangga bila 'friends' di 'facebook' sudi berkongsi di wall masing-masing mendoakan dan meniupkan semangat untuk kita semua ber'jihad'.
... bapa saudara saya,
...sepupu saya,
...kawan saya,
...anak murid saya,
dan saya sendiri cuba mendapatkan respon di facebook, dan friends saya sudi berkongsi idea masing-masing. Terima kasih atas sokongan kalian.
.
Dan di sini pula, saya ingin berkongsi dengan pembaca blog saya tentang 'jihad' kita.
Saya sebut 'jihad' sebab nampak apa yang kita buat ni adalah 100% kerana Allah Taala.
Maksud jihad dari kamus Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka,
.
Sebagai saudara seIslam dan umat Nabi Muhammad SAW, marilah kita ber'jihad' semampu yang mungkin dengan akal dan kudrat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Kita cuba buat Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah.
Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum Muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah SWT dan musuh kaum Muslimin. Seperti yang dikisahkan dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh pada sahabatnya di Bir Al-Maunah. Dari Abu Hurairah RA, "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah rukuk (HR Bukhari dan Ahmad Bin Hambal).
Adapun Mazhab Syafie, Maliki dan sebahagian ulamak lain: Disunatkan membaca Qunut Nazilah pada solat lima waktu dan juga pada Solat Fajar.
~ ihsan dari Jiwa Jihad
.
Semoga apa yang kita 'jihad'kan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Aaaminnn.
~
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak kata?