Saturday, December 29, 2012

SMKKN 2013, I'm coming ...

~Assalamualaikum~

Cuti yang sekian-kian-kian lama ni dah tinggal 2 hari je lagi. Tinggalkan cerita cuti-cuti bersama dengan berlalunya pergi tahun 2012. Berharap sangat hari-hari yang akan datang akan memberi 1001 harapan untuk menjadi lebih baik dalam semua segi terutamanya kesihatan. 

Keterujaan untuk masuk sekolah semula dan menghadap muka-muka studens yang disayangi sangat berkobar-kobar. Persediaan demi persediaan cuba dilakukan sebaik mungkin. Walaupun tak dapat menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama 2013 disebabkan oleh komitmen lain, DUA benda penting ni dapat juga sebelum masuk sekolah. Kredit untuk Pn Norhasniza Abdullah.

 'Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran'
...telah dilabelkan nama di tepi dan di hadapan oleh Puan Kerani.

 'Buku Manual Pengurusan 2013'
...ucapan tahniah kepada Encik Setiausaha Sekolah kerana sangat-sangat teliti dalam ejaan nama. Sebelum ni ejaan nama tak pernah tepat dan betul.

Bila dah dapat apa lagi. Lengkapkan la.. 


Bakal studens 4SP (hijau), 4PD3 (biru) dan 4SS1 (kuning), SILA bersedia.
Untuk Sains dua waktu, SILA masuk ke Makmal Sains.
.
Selak-selak, belek-belek Buku Manual Pengurusan 2013, terkejut le jugak sebab dalam dok ada kerja yang biasa dibuat, timbul pulak tanggungjawab baru yang kena pikul. Berat le sangat sebab guna perkataan pikul, tihehe..

 ...biasa dah buat kerja Pusat Sumber walaupun dah tak pegang lagi Penyelaras Pusat Sumber.

 ...ni pun tak jadi masalah le kot sebab ramai dan percaya pada kawan-kawan seangkatan yang saling membantu.

...ni yang terkejut ni. Guru Penasihat Kelab Tinju. Sebenarnya bukan le terkejut sangat pun. Kelakar. 
Dengan adanya Ketua yang berdedikasi, In Syaa Allah akan jadi mudah nanti. 
*Think +ve, think +ve*

So.....
SMKKN 2012, I'm coming.



~

6 comments:

  1. salam kenal cikgu.
    selamat kembali bertugas.
    mulakan hari anda dengan senyuman

    ReplyDelete
  2. LABEL buku rekod kerani yang buat...dasyatnyer kerani tu...

    ReplyDelete
  3. Saya tabik baca cikgu Fatin teruja & berkobar2 nak ke sekolah semula sedangkan saya pulak..kihkihkih..nak tulih pun malu.
    Selamat tahun baru, cikgu Fatin :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages