Thursday, January 31, 2013

Setiap penyakit mesti ada penawarnya...

~Assalamualaikum~

Firman Allah subhanahuwataala:

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah olehmu dari (sesuatu) yang baik yang telah kami anugerahkan padamu." 

(Al-Baqarah, ayat 172)

Setiap penyakit memang ada penawarnya tetapi yang menyembuhkannya adalah Allah subhanahuwataala.

Antara benda makan yang disebut-sebut di dalam ayat Al-Quran adalah madu.




Firman Allah subhanahuwataala:

"Dan Tuhanmu telah mewahyukan kepada lebah, "...kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan." 

(An-Nahl, ayat 68 - 69)

Madu juga menjadi minuman kegemaran Rasulullah sallallahualaihiwasallam. Baginda mencampurkan madu dengan air sejuk untuk diminum pada waktu pagi. Hasil carian dan gugelan dapatlah disimpulkan beberapa khasiat madu ini.

1. Hilangkan kahak ~ elok sangat diminum semasa demam selsema dan batuk untuk buang gelema2 yang mengganggu anak tekak
2. Cuci perut ~ sebab tu la elok minum waktu pagi atau pun sebelum tidur
3. Buang sisa makanan ~ makanan yang tidak dapat dicernakan di dalam perut dengan sempurna akan dibantu oleh minuman madu ini untuk mencernakannya dan ditolak terus ke usus besar
4. Hilangkan senak perut ~ kalau senak perut ataupun tersedu2, madu boleh menjadi penawarnya
5. Baiki organ badan ~ rupa-rupanya madu ni juga boleh memperkemaskan lagi fungsi buah pinggang, limpa dan hati


Bagus kan.

Jadi apa kata kita jadikan juga amalan Rasulullah sallallahualaihiwasallam ini amalan harian kita juga.

Mari kita tiru Nabi kita.



~

4 comments:

  1. Saya memang amalkan minum madu nie dari dulu lagi... tapi sekarang dah semakin sukar untuk mendapatkan bekalan yg asli... banyak yg dijual dah dicampur... nak untung lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tu yang nak beli tu teragak2. kena ada supplier yang boleh dipercayai. kalau dah beli, siap catu masa makan. makan 1 sudu kecil je setiap pagi.

      Delete
  2. saya x suka makan madu.. mcm mana ni cikgu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik nisa, nak rasa macam air manis biasa, ambil sesudu kecil madu campur dgn setengah gelas air, kacau dan minum. tak yah le makan mentah2. atau pun makan dengan pancake atau lempeng atau roti. kalau tak suka juga, makan telan je macam makan ubat. hehe..

      Delete

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages