Wednesday, December 8, 2010

siapa yang tak suka budak-budak, sila angat tangan...

Assalamualaikum wbt.

...syoknye kalau dapat main dengan budak-budak. Kadang-kadang, tengok telatah mereka ni pun dah terhibur. Hilang tension, hilang sedih, hilang rasa marah, rasa lapar, rasa dahaga, rasa mengantuk. Apa-apa je la...janji 'besh' dapat bersama dengan budak-budak.
Eh..kejap. Kejappp.. 

Rasa best dengan budak-budak ni kena ikut syarat jugak. 
Syarat pertama, mesti la waktu mereka ni tengah happy, ataupun masa perut mereka dah kenyang dan cukup tidur. Syarat kedua pulak, budak-budak ni mesti umurnya di antara 1 bulan hingga 4 tahun. Masuk 5 tahun dah tak best dah nak layan budak-budak sebab dah mula buat perangai macam-macam. Kalau kita tengok perangai yang macam-macam tu, kita kata, 'Mengade-ngade.' Atau pun kita akan kata, 'Eee..gerramnye.' (sambil gigi dikancingkan). Masa ni la kalau buat silap, kita nak marah. Tapi kalau budak-budak bawah umur 5 tahun bila buat silap, kita gelak terkekek-kekek geli hati.

Apasal ye, tiba-tiba cerita pasal budak-budak yang menghiburkan hati kali ini?

Sebabnya saya dah rindu sama tiga orang budak di bawah ini..

*Suha Wafieya*
Nama Ibu: Ruhill Husna, Nama Bapa: Mohd Shahir,
Alamat: ...Pulau Pinang
~yang ni paling dirindui sebabnya asyik dok memanggil 'yonggg, yonggg' (saya le tu) dengan mimik muka nakalnya.~

* Sufya Wasfa*
Nama Ibu: Ruhill Husna, Nama Bapa: Mohd Shahir,
Alamat: ...Pulau Pinang
~adik si Suha Wafieya yang suka sebut, 'ghehhh, ghehhh' dengan senyuman mengusik hati...~

*Anas Shyamil*
Nama Ibu: Ruhill Azimei, Nama Bapa: Ahmad Shyazli,
Alamat: ...Selangor
~yang ni pulak tengah dok ambil hati nye, sebab dia boy, dia eksyen sikit..~

Itu point saya yang sebenarnya. Nak cerita pasal anak-anak buah saya yang sangat menghiburkan hati. Jadiii..Suha, Sufya n Anas, nanti korang-korang masuk umur 5 tahun, mamalong (saya le) taknak layan lebeh-lebeh ye. Pada-pada je le ye.. 




~

Tuesday, December 7, 2010

Beli barang berbaloi-baloi...

 
Assalamualaikum wbt.

...dah seminggu nak post entry ni, tapi masih terperuk dalam kepala. Dalam kepala juga berbisik, 'Ish..toksah buat la entry ni. Nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk.'  Ye la, betul jugak. Lepas tu pulak ada suara pulak berbisik, 'Orang lain beli jugak, tapi tak cerita pun dalam blog.' Hmmm..

Malam ni, bisikan-bisikan tu saya nak buang jauh-jauh. Nak tutup telinga takmo dengar. Jari-jari ni lebih laju menekan butang-butang QWERTY meninggalkan bisikan-bisikan yang masih lagi berkumandang sayup-sayup kedengaran. Ok k k..cukup.

Benda yang rasa nak ceritakan di sini dan rasanya kalau tak diceritakan terasa ralat sangat. Saya sebenarnya baru beli laptop netbook baru. (Ishh..nak sebut juga laptop. Laptop tu besar sikit la. Ini kecik je..) Bukan le niat nak menunjuk-nunjuk beli benda baru, ciwi pun tak. Ada orang taktau la ciwi tu apa. Ciwi tu kalau diterjemahkan dalam bahasa yang saya faham ialah perasaan atau perbuatan yang ditunjukkan apabila membeli sesuatu yang baru. Cikgu bahasa! Tolong betulkan kalau saya salah.

Netbook ni saya beli dengan harga RM1245. Brand Acer (Aspire One Happy) kaler light purple. Comel jer. Studenz saya lepas ni kalau tengok, mesti depa kata, "Cikgu ni, tak abis-abis dengan warna pepel. Tihehe..'Bukan le sayang, cikgu beli yang dah last dah. Yang ni je tinggal. Cikgu nak kaler pink. dah abis dah.' Beli pun kat PC Fair kat Aloq Setaq. Agaknya orang-orang yang duduk kat area KL n Penang mesti kata, 'Hmm..harga biasa je.'

Ikut le macam mana pun. Yang rasa berbaloi sangat beli, sebab dapat 10 item percuma yang kalau dicongak-congak harganya lebih kurang RM50. Dapat pulak baucer yang boleh beli di pusat servis Acer ni. Boleh la lepas ni nak intai-intai apa lagi yang perlu.

Ok la..nak tunjuk jugak 'my pepel netbuk' yang cute ni. Tihehe...


* 10 item yang saya dapat pecume jer.. *__*




~

Friday, December 3, 2010

Hati yang diulit rasa sedih...

...beberapa hari ni saya berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan hati. Saya rasa kecewa dan sedih. Orang kata kalau nak hilangkan rasa sedih, kena luahkan. Saya boleh luahkan tapi sekadar hanya dapat didengari tapi tak dapat nak hilangkan jugak rasa sedih dan kecewa tu. Orang kata lagi, lupakan buat tak tahu dan biarkan ia berlalu. Saya dah cuba tapi ia masih kekal dalam kepala lagi. Habis cara, apa perlu saya buat. Adakah dengan cara-cara di atas dapat menyelesaikan semua rasa kecewa dan sedih tu? Tak, bukan secara keseluruhannya..

Kenapa saya rasa sedih sangat?

Saya rasa sedih sangat kerana apabila saya mengharapkan sesuatu daripada kawan-kawan supaya dapat membantu, mereka tidak dapat membantu. Sebab itu la saya rasa sedih. Orang akan kata, 'Kenapa nak emosi sangat, benda kecik je pun.' Ye betul, saya tak patut rasa begitu. Tapi di sudut hati kecil ada satu suara yang membisik, 'Sampai hati. Masa mereka minta tolong, aku tolong. Kenapa masa aku minta tolong, mereka taknak tolong.' Suara itu la yang menyebabkan saya rasa kecewa. Bila kecewa sangat, saya akan rasa sedih. Bila dilayan rasa sedih dan teringat kembali detik-detik saya menolong kawan-kawan di waktu mereka susah, saya akan lagi bertambah sedih. Hingga lah air mata saya menitis dan terus berjurai-jurai jatuh dengan lajunya. Menangis le saya sorang-sorang dalam bilik, tak siapa yang tahu.

Dah puas menangis, saya diam. Saya lap air mata. Saya istighfar dalam-dalam dan panjang-panjang. Saya mula merintih dan menyebut nama Allah. 'Ya Allah, berikanlah ku kekuatan. Tabah kan hati aku. Permudahkan dan ringankan la beban yang ku tanggung.' Zikir dan terus berzikir.

Alhamdulillah, rasa beban makin kurang. Walaupun masalah masih ada, saya perlu buangkan pemikiran saya yang di atas tu. Ayat yang ada perkataan '.....mengharapkan...' pada perenggan ketiga baris pertama perlu saya buangkan. Jangan terlalu mengharap, jangan terlalu menaruh harapan dan jangan la berharap pada orang. Ia tak semestinya akan dapat dan akan menjadi sesuatu yang sia-sia. Sampai masa apabila terlalu berharap, ia akan memakan diri sendiri. Seriously nak beritahu, saya pernah sakit-sakit badan apabila terlalu menaruh harapan dan akhirnya menjadi stress.


Jadi, untuk merasai hidup yang jauh dari sedih dan kecewa, amalkanlah cara hidup yang sihat. Doktor kata kalau taknak jatuh sakit, kena la jaga pemakanan kita dan bersenam selalu. Saya kata pulak, kalau taknak  hati sakit (kecewa) dan rasa sedih, sihat kan lah minda dan berzikir la selalu. Sehabis cara kita minta tolong hanyalah kepada ALLAH swt.





~

Wednesday, December 1, 2010

ada orang tanya, 'cuti sekolah pun cikgu pegi sekolah?'...

...hehehe...
kawan-kawan ku yang bergelar cikgu, sila jawab.

Ada banyak persoalan yang bermain di minda saya. Hrmm..

Masyarakat di luar sana sedang berkata,

1.
'Best la jadi cikgu kan. Cuti sekolah lama-lama.'

2.
'Kerja cikgu senang, kerja sekerat hari. Pergi pagi, balik tengah hari.'

3.
'Hmm..cikgu syok la. seminggu lima hari je kerja.'
.
4.
'Jadi cikgu seronok, dah le kerja 6 jam sehari. Ada cuti panjang pulak tu.'

5.
'Cikgu?'...sambil senyum sinis penuh makna.

Itu sebahagian kata-kata yang biasa terpacul dari mulut orang-orang di luar sana. Ye, saya tahu bukan semua yang akan berkata begitu dan bukan semua yang akan berfikiran macam tu. Segelintir sahajaa..

Tapi yang bermain di minda dan benak apabila berhadapan dengan orang yang bertanya soalan di tajuk entry tu, mula le terfikir. Ada jugak orang yang berfikir macam tu. Maknanya, bila sekolah cuti, cikgu pun cuti. Takde kerja apa-apa dah yang perlu berhadapan dan tak perlu untuk melihat buku atau kerja-kerja sekolah yang lain. 

Kalau betul le macam tu cikgu, memang tersangat bahagia. Sebab otak jadi ringan sebentar dek dah dikeluarkan segala hal buku-buku, fail-fail, students, kerja-kerja sekolah dsb nya la.
 .
Mari kita semak sebentar kehidupan seorang cikgu pada waktu cuti. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Ini saya senaraikan apa yang saya perlu saya buat pada waktu cuti.

1. Kelas tambahan Sains untuk budak-budak SPM
    (saya sebagai guru Sains Tingkatan 4 dan 5)
2. Editing majalah sekolah yang mengambil masa untuk disiapkan
    (saya sebagai AJK Layout Majalah sekolah)
3. Kemas kini fail dan buat perancangan tahun 2011 untuk
    Pusat Sumber Sekolah
    (saya sebagai Guru Perpustakaan dan Media, merangkap
    Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)
4. Terlibat dengan LPM selama dua minggu
    (saya sebagai ........ di LPM)

Dengan cuti sekolah selama  1 1/2 bulan a.k.a 6 minggu sahaja, saya agihkan kerja-kerja saya di atas. Dan selepas dicongak-congak saya ada 1 minggu sahaja untuk saya bercuti bersama keluarga.

So, begini la kehidupan seorang cikgu yang menghabiskan cutinya. Walaupun nampak panjang dan lama, ia tetap menjadi tugasan yang lebih kurang sama jugak dengan kerja-kerja lain.

 

Cabaran seorang cikgu memang le macam ni. Bukan la merungut, bukan la mengeluh. Kerja masih dibuat dengan ikhlas. Alhamdulillah, saya masih dianugerahkan kudrat untuk melaksanakannya.
Saya sangat bangga dan seronok menjadi seorang cikgu. Bukan sebab cuti panjang, tetapi berpuas hati dengan apa yang telah saya laksanakan. Demi untuk bangsa, agama dan negara (jangan kata saya membangga diri pulak..semua kerja yang halal kan untuk bangsa, agama dan negara walau kerja tukang sapu sekalipun).



~

kelas akhir bersama Calon SPM 2010...

...hari ni saya buat kelas akhir bersama calon-calon SPM 2010. Bukan la semua calon. Kalau kata semua calon, satu Malaysia la. Ini seciput calon jer..ada lebih kurang 80 orang yang sudi  hadir tadi, terima kasih sayang-sayang semua. Semoga Allah memberkati sayang-sayang semua. Sejuk hati cikgu tadi. Bila sejuk hati cikgu, makin bertambah berkat la ilmu yang sayang-sayang semua pelajari.

Kelas tadi bukan la kelas kuliah, tapi lebih kepada nasihat dan amanat yang saya rasa perlu disematkan dalam diri pelajar sebagai motivasi dan penguat semangat. Penyampaian tadi hanya lah review tajuk-tajuk fokus Sains Tingkatan 4 dan 5 sebanyak 15 bab. Ditambahkan kagi pesanan yang diselitkan dengan tips-tips dan panduan menjawab.




Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Siti Mashitoh dan Cikgu Siti Farahayu sebagai peneman setia dan banyak membantu melicinkan perjalanan kelas tadi.




~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages