Sunday, July 22, 2012

Tauhu sumbat untuk berbuka puasa...

~Assalamualaikum~

Siapa suka tauhu sumbat? Dalam Bahasa Inggeris kata 'stuffed tofu' walaupun orang Inggeris tu tak tau pun apa ke benda tu.

Saya sangat suka, sebabnya bila tengok gaya rupanya nampak sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Dari luar sampai ke isi dalamnya. Walau bagaimanapun kegemaran saya ini tak dapat dikongsi sama rata seisi keluarga. Kalau saya makan 4, yang lainnya hanya makan 1 saja. Dan selepas itu saya akan rasa kenyang sehingga tak usik pun hidangan yang lain. Bukan nya pelahap sangat sampai makan lebih sikit daripada ahli keluarga lain tapi dek kerana yang lain tu hanya makan sekadar merasa saje. Begitu la lebih kurang ceritanya.

Selongkar tengok apa yang ada pada isi luar dan isi dalam yang disumbat di dalamnya.

Tauhu berasal dari kacang soya, kaya dengan protein, kalsium dan juga lemak tidak tepu yang mana ia dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap.

Timun kaya dengan kandungan mineral, mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C.

Karot atau lobak merah kaya dengan kandungan minerals, anti oksidan dan vitamin. Juga mengandungi beta karotin yang tinggi.


Sengkuang kurang lemak dan merupakan sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B.

Tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat.

Dengan tersenarainya zat-zat yang ada di dalam bahan-bahan tauhu sumbat tu, rasanya tiada was-was dan syak wasangka lagi tentang baiknya ia menjadi menu sihat. Sumber zat-zat itu saya google cari dan sebenarnya banyak lagi khasiat nya dan tak ter'copy&paste' di ruang ini. 
Cuba le google sendiri. 




Tauhu ni saya makan dengan kuah sambal kicap dan kacang.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

~

Apa mama patut buat bila anak mama menghadapi peperiksaan BESAR nanti..

~Assalamualaikum~

Rutin yang akan diketengahkan ini adalah gabung jalin antara amalan ibu saya dan seorang rakan blogger Cik Melur. Harapan saya semoga ia diberkati oleh Allah subhanahuwataala.

1. Mulakan dengan niat supaya anak kita boleh menjawab dengan tenang dan mudah semasa sedang mula hendak menjawab soalan peperiksaan.

2. Istighfar 3 kali.
r
Maksudnya : Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
3. Baca Surah Al Fatihah 1 kali.
4. Selawat ke atas Nabi 11 kali.
.
Maksudnya : Ya Allah, restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.
5. Baca Ayat Kursi 1 kali.
.
Maksudnya : Allah, tidak ada Tuhan (yang disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.   
6. Baca Surah Yasin 1 kali.
7. Baca Surah Ash-Sharh 1 kali (100 kali lebih afdhal)

Istiqamahlah dan semoga diperkenankan dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.




~

Saturday, July 21, 2012

Puasa yang diterima Allah swt...

~Assalamualaikum~

Hari ini hari pertama kita berpuasa. Dugaan hari pertama memang sangat terduga berbanding hari-hari selepas ini. Tapi tak semua orang rasa macam tu. Ada juga yang eksaited ataupun lebih baik kita kata orang yang nampak eksaited tu sebenarnya telah pun bersedia dari awal lagi untuk menahan diri dari rasa lapar dan dahaga serta menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Ramai yang telah pun memulakan ibadah awal malam tadi iaitu menunaikan solat sunat Tarawih. Pada yang telah berjaya melaksanakannya, tahniah kerana telah pun memasuki fasa awal ibadah di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah.

Saya suka nak share sama-sama semua 'Tips Puasa yang diterima Allah subhanahuwataala.' Saya google daripada laman web Indahnya Ramadhan. Dipermudahkan untuk sharing bersama, begini sebenarnya mengikut Imam Abu Hamid al Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al Din :

1. Menjaga pandangan dari sesuatu yang diharamkan.

2. Menjaga lisan dari ghibah, dusta, gosip, cacian, dan debat. Banyakkan berzikir dan membaca Al Quran. 

3. Menjaga pendengaran dari mendengarkan yang dibenci oleh Allah.


4. Menjaga anggota badan seperti tangan dan kaki dari aktiviti yang tidak disukai Allah, dan juga perut dari memakan sesuatu yang syubhat ketika berbuka.


5. Menahan diri dari berbuka secara berlebihan.


6. Menghadirkan perasaan takut (khawf) tidak diterima puasanya, dan harap (raja’) agar Allah menerimanya. Ini dilakukan setelah berbuka puasa, bahkan setiap selesai beramal apa pun.

Tertarik dengan status facebook bekas studen arini. Bagus, bagus...dia mengingatkan dan dalam masa yang sama berdakwah. Cikgu suka.


Okay, semoga Allah subhanahuwataala menerima puasa kita semua, sehingga menjadi hamba yang diredhai-Nya. 

Terima kasih kerana membaca.


~

Wednesday, June 27, 2012

Dua bulan lagi...

~Assalamualaikum~

...pejam celik pejam celik, congak-congak lepas tolak hari-hari yang tak ingat dunia dah, rupanya ada dua bulan lagi Alya Farisah akan duduk dalam dewan peperiksaan dan menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Soalan-soalan yang perlu dijawab untuk menentukan laluan arah tuju dalam hidupnya buat kali pertama.

Tarikh UPSR : 11 hingga 13 September 2012
*please take note

Untuk jadual penuh, sila rujuk Jadual Peperiksaan UPSR Tahun 2012.

Bagi seorang mama yang berada di sisinya harus sangat la berasa debar-debar untuk tarikh di dalam kotak merah di atas tu.

"Alya, ... rasa tak berdebar-debar?"

"Takde pun mama"

Hai, bertuahnya anak sorang ni. Nanti la mama nak kurung dalam bilik kosong, bagi duduk atas kerusi dengan meja, pastu letak jam kat depan. Mama buat kertas soalan mirip soalan UPSR. Haa...ambik, rasa la debar-debar tu.

Seawal mendaftarkan Alya masuk darjah 6 dan semasa membayar yuran peperiksaan, memang dah azam untuk FOKUS pada Alya. Tiga bulan pertama cuba buat Alya dalam keadaan rileks dan siap pesan latihan jangan tinggal walau sehari. Tapi Alya akan leka, main seronok-seronok dengan kucing sampai lupa untuk ulangkaji pelajaran. Tiap-tiap hari lepas balik sekolah macam tu la. Keputusan ujian pertama sangat tidak memuaskan. Siap le dia kena leter dan selepas tu mula bersama-sama dengan dia buat latihan. Masa ni la, terpaksa mamanya berkorban kerja-kerja lain untuk duduk sebelah Alya. Sehingga la Tuhan menguji mamanya dengan ujian teramat la berat. Alhamdulillah ujian itu dapat dilalui dengan sabar dan Allah swt mengizinkan untuk bersama semula dengan Alya mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kali ini Tuhan anugerahkan bersama sifat SABAR dan TAWAKKAL. Dan baru ni selepas check online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, Alhamdulillah ada peningkatan sedikit walaupun tak dapat straight A. Takpe, mama akan cuba bantu Alya ke arah itu. Insya Allah, Tuhan akan berikan rezeki yang baik nanti.




~

Sunday, June 10, 2012

Bunga & Buah yang ku terima..

~Assalamualaikum~

...sungguh seronok dan gembira bila terima kekwa n roses n strawberries.

*senyum meleret-leret*



 
 



Terima kasih, kawan...



~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages