Saturday, July 21, 2012

Puasa yang diterima Allah swt...

~Assalamualaikum~

Hari ini hari pertama kita berpuasa. Dugaan hari pertama memang sangat terduga berbanding hari-hari selepas ini. Tapi tak semua orang rasa macam tu. Ada juga yang eksaited ataupun lebih baik kita kata orang yang nampak eksaited tu sebenarnya telah pun bersedia dari awal lagi untuk menahan diri dari rasa lapar dan dahaga serta menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Ramai yang telah pun memulakan ibadah awal malam tadi iaitu menunaikan solat sunat Tarawih. Pada yang telah berjaya melaksanakannya, tahniah kerana telah pun memasuki fasa awal ibadah di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah.

Saya suka nak share sama-sama semua 'Tips Puasa yang diterima Allah subhanahuwataala.' Saya google daripada laman web Indahnya Ramadhan. Dipermudahkan untuk sharing bersama, begini sebenarnya mengikut Imam Abu Hamid al Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al Din :

1. Menjaga pandangan dari sesuatu yang diharamkan.

2. Menjaga lisan dari ghibah, dusta, gosip, cacian, dan debat. Banyakkan berzikir dan membaca Al Quran. 

3. Menjaga pendengaran dari mendengarkan yang dibenci oleh Allah.


4. Menjaga anggota badan seperti tangan dan kaki dari aktiviti yang tidak disukai Allah, dan juga perut dari memakan sesuatu yang syubhat ketika berbuka.


5. Menahan diri dari berbuka secara berlebihan.


6. Menghadirkan perasaan takut (khawf) tidak diterima puasanya, dan harap (raja’) agar Allah menerimanya. Ini dilakukan setelah berbuka puasa, bahkan setiap selesai beramal apa pun.

Tertarik dengan status facebook bekas studen arini. Bagus, bagus...dia mengingatkan dan dalam masa yang sama berdakwah. Cikgu suka.


Okay, semoga Allah subhanahuwataala menerima puasa kita semua, sehingga menjadi hamba yang diredhai-Nya. 

Terima kasih kerana membaca.


~

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak kata?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages